Header AD

Dunia Pendidikan Sekarang Memang Sangat Mencabar

Ustazah Nurulhuda Baharin:
Ni kawan saya di JB share....

Dunia pendidikan skrg mmg sgt mencabar....cuma dlm menghadapi setiap kesukaran itu kita perlu bijak mengawal emosi. Kita x perlu jadi perfectionist kerana kita manusia biasa....pada setiap kekuatan dan kelebihan kita, kita masing2 ada kekurangan yg mungkin boleh disempurnakan oleh org lain. Kesihatan mental dan fizikal sendiri juga sgt penting diambil berat.

Pagi tadi, sy sedikit terkesan dgn kehadiran Ketua Bidang Bahasa sek sy.....datangnya hari ini agak lewat...lebih kurang jam 9.00 pagi dan yg paling aneh beliau dtg berpimpinan dgn suaminya....

Dlm hati tertanya2 mengapa gerangan gelagat yg sedemikian...Berhadapan dgn ramai pelajar dan guru di sekolah....beliau seakan x memperdulikan kehadiran kami bahkan menggenggam erat tangan suaminya....

Sy hampiri beliau, memegang lembut bahunya..."K. Gayah......akak ok ke? Nape pimpin2 tangan ni?" Bisik sy perlahan.

"Awak siapa ya? Cikgu bimbingan kaunseling ya?" Jawabnya.....

Hairan......dia x kenal sy? Dia x ingat nama saya?

"Akak x kenal sy ke?"

"Maaflah......muka sy ingat...tp nama sy lupa..." jwbnya selamba.....

"Puan.....maaf.....isteri sy x boleh ingat byk perkara...." sampuk suaminya yg melihat sy terkedu....

"Kenapa dgn K. Gayah, encik? Hari tu sebelum hari raya hj ok je dia...dia sakit ke?" Soal sy.

"Ini surat drp hospital pn....." ujar suaminya. Ada getaran pada suara itu.....

Masya Allah.....

Dlm laporan doktor K. Gayah rupanya diserang stroke yg menyebabkan gangguan ingatan. Beliau x mampu mengingati byk perkara. Beliau terkena stroke semasa hari raya haji.

Menurut suaminya keadaan sekarang sudah 80% sembuh berbanding dgn hari beliau mula2 diserang stroke.

Pada hari tersebut beliau x mampu bertutur, x mampu menguruskan diri sendiri, x mampu solat dan membaca alfatihah.....Allah!!!

"Apa puncanya encik? Kenapa sampai macam ni?" Tanya sy x puas hati...

K. gayah terlalu stress dgn kerja2 sehariannya....Dlm penelitian sy dia mmg seorg yg suka kesempurnaan.....semua nak dibuat tanpa kecacatan...beliau terlalu byk berfikir dan akhirnya menybbkan bp nya naik terlalu tinggi dan diserang stroke...

Apa moralnya cerita ini sahabat2 tersyg?

1. Bersungguh2lah dlm bekerja namun jgn sampai membunuh diri sendiri

2. Kesihatan sgt penting.....ianya x ternilai dan lebih berharga drp wang ringgit dan harta benda

3. Harta yg paling berharga bagi kita ialah akal dan ingatan yang waras

4. Bersyukurlah walau kita sekarang sering sakit2 fizikal tetapi masih mempunyai emosi dan mental yang stabil

5. Suami yg baik akan menjaga dan menyantuni isterinya yg sakit sama atau lebih baik daripada waktu isterinya sihat
Jgn stresssss.......

Tidak bermaksud boleh menolak kerja tetapi bekerjalah dgn hati dalam kasih kerana Allah.

Mudahkan urusan insan lain .. Allah mudahkan urusan kita ...

Bahagiakan hati insan lain .. Allah bahagiakan hati kita ...

Sumber

-----------------
Iklan Sponsor
-----------------

Dunia Pendidikan Sekarang Memang Sangat Mencabar Dunia Pendidikan Sekarang Memang Sangat Mencabar Reviewed by Adslah Admin on 1:31:00 PM Rating: 5

Post AD