Header AD

Kanak-kanak lelaki yang hilang sejak 11 Ogos lalu, dipercayai dibunuh dan dibuang ke dalam gaung di Sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang.


Mayat kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa culik di Jinjang pada 11 Ogos lalu ditemui di kawasan sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini.

Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui selepas suspek kes terbabit yang mempunyai pertalian keluarga dengan mangsa, membawa polis ke lokasi kejadian.

 

Setakat ini pihak polis masih mengawasi lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Khamis lalu, seorang kanak-kanak Noor Amila Edrus Norsham, hilang ketika menunaikan solat Maghrib di surau perumahan awam Jinjang, Sentul, di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Azman Mohd Isa, berkata pihaknya mula melakukan pencarian di lokasi terbabit sejak malam tadi namun gagal kerana keadaan gelap. 

"Kita sekali lagi membawa suspek ke lokasi sama tengah hari tadi sebelum menemui mayat mangsa di bawah gaung kawasan sungai.

"Setakat ini kebarangkalian mangsa adalah kanak-kanak yang diculik adalah besar namun kami masih menunggu sehingga bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur," katanya yang dihubungi BH sebentar tadi.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.





Sumber: BH
Kanak-kanak lelaki yang hilang sejak 11 Ogos lalu, dipercayai dibunuh dan dibuang ke dalam gaung di Sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang. Kanak-kanak lelaki yang hilang sejak 11 Ogos lalu, dipercayai dibunuh dan dibuang ke dalam gaung di Sungai Kampung Kemensah, Hulu Kelang. Reviewed by Adslah Admin on 7:03:00 PM Rating: 5

Post AD