Header AD

"Saya Harap Sangat Mereka Tidak Tiru Tudung Saya" Mia Sara


Oleh Fyruz Hanna

Pelakon cilik ini dilanda kerisauan selepas menjalankan perniagaan tudung  dan berharap tudungnya tidak menjadi sasaran pihak tertentu untuk menciplaknya.

“Saya selalu terbaca dan tahu tentang produk-produk tudung berhadapan dengan masalah tiruan sehingga memberi kesan kepada peniaga. Saya harap sangat mereka tidak tiru tudung saya kerana tudung dan jubah yang saya jual murah dan kalau ada yang tiruan pun sama sahaja harganya,” jelasnya kepada mStar Online.

Mia rupanya telah mulakan perniagaan tudung ini lebih setahun dan menceritakan kembali bagaimana payahnya untuk menjual walaupun sehelai tudung.

Sehingga dia menunaikan umrah pada Disember tahun lalu dan terbuka hati untuk bertudung, rezekinya semakin murah dalam bidang perniagaan sehingga berjaya ke tahap ini. -CARI Infonet.

sumber:mstaronline
"Saya Harap Sangat Mereka Tidak Tiru Tudung Saya" Mia Sara "Saya Harap Sangat Mereka Tidak Tiru Tudung Saya" Mia Sara Reviewed by Adslah Admin on 8:34:00 PM Rating: 5

Post AD