Header AD

Rayani Berhenti Operasi Serta Merta



Rayani Air Gantung Operasi Serta Merta

PETALING JAYA, 9 Apr: Syarikat penerbangan tambang murah patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diberitahu sendiri oleh pemilik syarikat terbabit, Ravi Alagendrran kepada mStar Online hari ini.

Menurutnya, pergantungan itu akan berkuat kuasa sehingga ke satu tempoh yang akan dimaklumkan semula.

"Ingin dimaklumkan bahawa kita telah menggantung operasi berkuat kuasa serta-merta pada 8 April 2016 sehingga dimaklumkan kemudian.

"Ia adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat. Kita akan beroperasi semula selepas melakukan penstrukturan semula," katanya petik laporan dari mStar Online.

Berita Penuh
Rayani Berhenti Operasi Serta Merta Rayani Berhenti Operasi Serta Merta Reviewed by Adslah Admin on 11:21:00 AM Rating: 5

Post AD