Header AD

Netizen Kutuk Hafiz Hamidun Terbit Buku Letak Penuh Gambar 'Selfie'

Netizen Kutuk Hafiz Hamidun Terbit Buku Letak Penuh Gambar 'Selfie'

Description: Setiap kandungan buku tersebut memaparkan aksi Hafiz 'selfie'
Oleh Izzah Abbasy

Sebut sahaja buku, pasti ramai yang membayangkan isi buku tersebut penuh dengan info dan ilmuan yang terkandung dalamnya. 

Tetapi, berbeza dengan selebriti Hafiz Hamidun apabila membuat kelainan dengan melancarkan buku dengan tajuk Cerita Hati Hafiz Hamidun.



Setiap kandungan buku tersebut memaparkan aksi Hafiz 'selfie' dan mempunyai kata-kata berunsurkan motivasi yang ringkas.

Tidak dapat dinafikan, penerbitan buku-buku seperti ini yang mengambil kapsyen ataupun kata-kata daripada seseorang yang dikenali di media sosial menjadi trend di masa kini. Sehinggakan ada netizen yang mengkritik Hafiz apabila bukunya yang dihasilkan tidak membawa faedah langsung. Hafiz telah memuatnaik status individu berkenaan yang mengejinya di laman Instagram. 

Bagi penulis, idea hafiz menghasilkan buku 'selfie' ini ada bagusnya. Sekurang-kurangnya ia
bermanfaat, boleh dijadikan panduan dan tatapan pada masa hadapan. - CARI Infonet 





Netizen Kutuk Hafiz Hamidun Terbit Buku Letak Penuh Gambar 'Selfie' Netizen Kutuk Hafiz Hamidun Terbit Buku Letak Penuh Gambar 'Selfie' Reviewed by Adslah Admin on 8:36:00 PM Rating: 5

Post AD