Header AD

Kerusi Harry Potter Dilelong RM1.5 Juta



Oleh Adib ZA

Sejarah Harry Potter dikatakan bermula dengan kerusi ini apabila penulisnya, JK Rownling menyiapkan duja jilid awal novel itu di kerusi ini.

Kini kerusi dari kayu oak itu telah dilelong pada harga AS$394,000 (RM1.53 juta) di New York baru-baru ini. Luar biasa!

Lelongan yang dilakukan oleh Heritage Auctions berkara harga itu termasuk cukai dan telah meningkat 14 kali ganda daripada harga lelongan asal pada 2009.

“Ia adalah yang paling selesa. Sebab itulah ia diletakkan secara kekal di depan mesin taip saya. Secara nostalgia, saya sedih berpisah dengannya,” terang Rowling dalam surat keterangan pada kerusi itu.

Untuk rekod, novel Harry Potter telah terjual 450 juta naskhah dan diterjemah ke dalam 67 bahasa.

Sumber   



Kerusi Harry Potter Dilelong RM1.5 Juta Kerusi Harry Potter Dilelong RM1.5 Juta Reviewed by Adslah Admin on 4:57:00 PM Rating: 5

Post AD