Header AD

Google+ Hangout Dikemaskini Dengan Fungsi Menghantar Dan Menerima Audio Sahaja


Salah satu fungsi popular yang digunakan ramai pada Google+ adalah sokongan Hangout, dan hari ini, gergasi internet tersebut mengemaskini fungsi Hangout dengan menambah dua fungsi baru padanya.

Yang pertama adalah sokongan mod audio sahaja. Sebelum ini sendiri, Google+ Hangout telah sedia menyertakan sokongan untuk mematikan webcam dan dengan mod audio ini, ia memudahkan pengguna dengan sambungan internet rendah untuk hanya menerima dan menghantar audio sahaja.

Selain itu, satu lagi fungsi yang dikhaskan untuk pengguna dengan sambungan internet yang perlahan adalah kebolehan untuk mengawal penggunaan bandwidth. Melaluinya, pengguna boleh membuat tetapan daripada penggunaan bandwidth tinggi sehingga ke menetapkan audio sahaja untuk penghantaran dan penerimaan.

Kedua-dua fungsi ini bakal diperkenalkan secara berperingkat kepada semua bermula hari ini.
Google+ Hangout Dikemaskini Dengan Fungsi Menghantar Dan Menerima Audio Sahaja Google+ Hangout Dikemaskini Dengan Fungsi Menghantar Dan Menerima Audio Sahaja Reviewed by Adslah Admin on 9:09:00 AM Rating: 5

Post AD