Header AD

Twitter Boleh Kuruskan Badan?


Para pengkaji Amerika menemui bahawa dengan membuka laman jejaring sosial Twitter, orang dapat menurunkan berat badan dengan cepat. 

Mereka mengatakan bahawa Twitter boleh menjadi sistem penyokong yang berkesan untuk membantu orang menurunkan berat badan. Hal itu kerana para pengguna sosial media saling memberi sokongan satu sama lain dengan mem-posting kata-kata motivasi. 

Para pengkaji dari Arnold School of Public Health menemukan bahawa lebih banyak orang yang membaca update status yang berkaitan dengan pola makan sihat dan olahraga. Bahkan, untuk setiap 10 update status di Twitter, pembaca boleh kehilangan rata-rata 0,5 persen dari berat tubuh mereka. 

"Hasil penelitian ini menunjukkan bahawa mereka yang rutin harian menggunakan Twitter sebahagian dari program penurunan berat badan kehilangan lebih banyak berat badan" kata Brie Turner-McGrievy, selaku pengkaji utama, seperti dinyatakan Daily Mail (15/1).

Kajian ini diikuti oleh 96 lelaki dan wanita yang mengalami kelebihan berat badan dan obesiti. Peserta kemudian dibahagi menjadi dua kelompok dan diteliti selama enam bulan. Semua peserta juga diketahui memiliki handphone dengan kemudahan internet.

Hasilnya mengungkapkan bahawa kelompok yang sudah men-download aplikasi Twitter, mengalami penurunan berat badan yang cukup rasional. Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Translational Behavioral Medicine.
Twitter Boleh Kuruskan Badan? Twitter Boleh Kuruskan Badan? Reviewed by Adslah Admin on 7:46:00 AM Rating: 5

Post AD