Header AD

Skuad Arsenal Sudah Terlalu Hebat Kata Wenger

Arsene Wenger

Arsene Wenger mengatakan kenyataan yang sangat menghebohkan. Pengurus Arsenal ini mengaku tidak boleh berbelanja besar kerana ia sudah pun memiliki skuad yang terlalu kuat.

Arsenal nampaknya kembali akan terancam untuk memenangi  gelaran setelah tujuh tahun tidak memenangi gelaran. Sebabnya, pasukan dari kota London tersebut kini tertinggal 21 mata di belakang pendahulu  Liga Premier League, Manchester United.

Meskipun begitu, Wenger tetap merasa sukar untuk mencari pemain yang akan memberikan pengaruh besar kepada pasukannya kerana dia menilai bahawa dirinya telah memiliki pasukan yang sangat kuat untuk masa kini.

Beginilah jawapan Wenger ketika ditanya mengapa dia sukar untuk berbelanja besar pada musim panas ini: "Sangat sukar untuk memberikan satu alasan yang sederhana: Kami memiliki skuad yang bagus. Saya tahu kami terpaksa berenang melawan arus kerana orang-orang tidak percaya akan perkara itu. Saya berkata bahawa kami memiliki skuad yang sangat bagus."
Skuad Arsenal Sudah Terlalu Hebat Kata Wenger Skuad Arsenal Sudah Terlalu Hebat Kata Wenger Reviewed by Adslah Admin on 8:51:00 AM Rating: 5

Post AD