Header AD

Rokok Mempunyai Asap Yang Sangat Bahaya

Bahaya rokok

Bagi pembaca yang kurang pengetahuan mengenai bahan dalam rokok, perlu diingatkan juga bahan paling bahaya antaranya tar, nikotin dan karbon monoksida. Tar mengandungi bahan ‘benzopyrene’ iaitu sejenis ‘policyclic aromatic hydrocarbon’ (PAH) disahkan sebagai punca utama kanser.

Nikotin, sejenis najis dadah heroin, menjadi salah satu punca utama perokok berasa ketagih. Ia berisiko mengakibatkan serangan jantung dan strok. Karbon monoksida pula, sejenis gas beracun yang dikeluarkan ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalan oksigen ke tisu dan boleh mengakibatkan perokok terencat serta membawa maut sekiranya melebihi had dalam badan. 

Selain itu, apabila memasuki badan manusia ataupun haiwan, ia membawa kerosakan pada setiap organ di sepanjang laluan. Antaranya hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghadaman, saluran darah, sehinggalah pundi kencing apabila sebahagian daripada racun itu dikeluarkan daripada badan.

Ikut kawan

“Bagi saya, merokok boleh hilangkan ‘stres’ bila saya ada masalah. Saya mengambil beberapa masa untuk merokok. Biasanya anggaran saya merokok tiga minit dan saya akan menyambung menyiapkan kerja semula. Terpulang kepada individu sama ada susah atau tidak berhenti merokok sebab ia bergantung kepada pangkal diri masing-masing. 

“Saya juga pernah mengambil beberapa inisiatif untuk berhenti tapi tak menjadi.

“Saya hisap rokok bukan kerana banyak masalah, tapi sebab persekitaran rakan merokok. Jadi sedikit sebanyak ia mempengaruhi saya untuk sama merokok. Saya tahu kandungan rokok agak bahaya tapi setakat ini tak pernah pula sakit. Saya sudah dua tahun merokok, tapi bila saya hisap rokok tidaklah rasa ‘macho’ atau ‘stail’.”

Nama: Hafiz Amran
Tahun: 19 Tahun
Lokasi: Bukit Antarabangsa
E-mel: hafiz_soduy99@yahoo.com

Kurangkan stress

“Merokok boleh mengurangkan tekanan. Saya tidak berapa pasti susah atau tidak untuk berhenti merokok sebab saya tak pernah nak berhenti pun. Tapi saya akan mengambil beberapa jalan untuk berhenti, mungkin dalam dua tahun lagi. 

“Sudah tiga tahun saya merokok. Mungkin ia sudah menjadi tabiat dan saya memerlukan masa yang panjang untuk berhenti. Saya takut ia memberi kesan buruk kepada tubuh badan saya jika saya berhenti secara paksa. 

“Jujurnya saya merokok disebabkan pengaruh rakan sebaya, tapi saya tidaklah menyalahkan sesiapa. Mungkin waktu itu saya ingin mencuba benda yang baru," katanya.

Nama: Zarul Zainal
Tahun: 19 tahun
Lokasi: Bukit Antarabangsa
E-mel: zaff_ribena@yahoo.com

Suka hati korang

“Saya memang tak berapa gemar lelaki perokok, jauh sekali nak buat ‘boyfriend’. Kalau diberi pilihan, saya rela cari teman lelaki yang agak kurang dari segi rupa, tapi tak merokok. Bukan apa, kalau dah hisap rokok, namanya memang menempah tiket ke alam kuburlah.

“Lagi satu, saya cukup tak berkenaan kalau mereka lepas keluar tandas, pasti berbau asap rokok. 

“Bagi saya nafas perokok berbau yang menjengkelkan. Saya tak dapat bayangkan macam mana perokok boleh tahan dengan asap dan bau rokok yang boleh buat pecah kepala. 

“Nak kata kenyang, memanglah tak kenyang. Bukan tak ada kempen membasmi tabiat merokok, dah banyak! Setiap kita ada akal, jadi pandai-pandailah fikir mana yang baik dan buruk. 

“Sebelum nak hisap rokok pun dah ada amaran daripada Kementerian Kesihatan yang rokok memang bahaya tapi mereka masih nak hisap rokok. Nasihat saya tepuk dada tanya selera.”

Nama: Siti Nor Natasya Hamidun
Tahun: 22 tahun
Lokasi: Ampang
E-mel: Tasya_adik@yahoo.com

Membazir

“Jelas merokok satu pembaziran. Jika dihitung hasil pembelian rokok, wang itu boleh di simpan untuk kegunaan masa depan. Dari sibuk nak menyedut asap rokok yang tak bermanfaat, lebih baiklah disalurkan tempat yang betul. 

“Ada beberapa rakan saya jika ditanya mengenai rokok, mereka selamba kata: ‘Merokok ini satu frasa nak membesar.’ Sejujurnya, saya memang tak suka pasangan hisap rokok sebab tak tahan bau nafas mereka. Kadang-kadang saya yang pening kepala apabila berselisih dengan perokok, bukan mulut saja, satu badan bau rokok.

“Dari segi faktor kesihatan, sah-sah ia memudaratkan diri sendiri. Kalau perokok saja yang sakit, tak kisah sangat tetapi ia boleh beri impak negatif itu kepada kesihatan orang sekeliling. Bukankah itu agak pentingkan diri namanya. Nak sakit pun pergilah jauh-jauh. 

“Lagi satu, saya cukup pantang perokok yang suka-suka hembus asap sesuka hati, tak fikir orang di sebelah. Nasihat saya, kepada perokok tegar, berhentilah merokok, banyakkan muhasabah diri.”

Nama: Nur Dania Zulkhafili
Tahun: 21 tahun
Lokasi: Kuala Lumpur
E-mel: nia_sweet22@yahoo.com
Rokok Mempunyai Asap Yang Sangat Bahaya Rokok Mempunyai Asap Yang Sangat Bahaya Reviewed by Adslah Admin on 11:19:00 AM Rating: 5

Post AD