Header AD

Pertahankan Suami Kerana Takut Dicerai


Perasaan malu kerana takut dicerai atau tinggalkan mungkin menjadi punca sesetengah wanita sanggup mempertahankan rumah tangga meskipun mengetahui suaminya berperangai keji.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Dr Osman Che Bakar berkata, situasi seumpama itu menimbulkan konflik dalam diri seseorang sehingga dia terpaksa setia dengan suaminya.

“Contohnya, wanita mungkin takut dicerai kerana terpaksa memegang status janda. Dia berfikir apa yang akan diterangkan kepada ahli keluarga, rakan dan teman sekerjanya.

“Disebabkan itu, walaupun sudah terlanjur bersuamikan lelaki kasanova dan mempunyai tingkah laku buruk, wanita itu menelan kepahitan hidup berumah tangga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas paparan muka depan Harian Metro, kelmarin yang mendedahkan nasib seorang peguam wanita berusia 34 tahun bersuamikan lelaki kasanova.

Laporan 3 Talak Setahun antara lain memaparkan penderitaan wanita dikenali sebagai Musliha, 34, yang tiga kali diceraikan walaupun baru setahun berkahwin.
Pertahankan Suami Kerana Takut Dicerai Pertahankan Suami Kerana Takut Dicerai Reviewed by Adslah Admin on 8:00:00 AM Rating: 5

Post AD