Header AD

Permudahkan Kerja-kerja di Rumah Hanya Dengan Sentuhan Jari


Meja sesentuh 84 inci digunakan pada sidang media CES di Las Vegas, kelmarin.

Inovasi baru gajet pintar bantu kawal operasi guna suara, isyarat

San Francisco/New York: Pada persidangan teknologi terbesar dunia yang bermula semalam, inovasi paling menarik yang dipamerkan menunjukkan kemungkinan gajet dan teknologi yang digunakan setiap hari di kediaman akan berhubung menjadi mesin lebih pintar. 

Pameran Elektronik Pengguna (CES) tahun ini di Las Vegas menjanjikan barisan generasi baru gajet pintar, dengan beberapa daripadanya dikawal menggunakan suara dan gerak isyarat, dan kemajuan teknologi dalam kereta yang menunjukkan pemandu boleh menggunakan e-mel atau menyemak harga gas yang terkini. 

Cerdik pandai sudah lama menjangkakan bahawa perkakasan kediaman seperti peti sejuk dan dapur akan dihubungkan dengan internet. Dengan kemajuan dalam cip dan penggunaan meluas telefon pintar dan tablet, ia kini sedang berlaku. 

Gabung produk elektronik 

“Kami sudah membicarakan mengenai penggabungan produk elektronik pengguna dan komputer dan kandungan selama 20 tahun. Ia dilihat akan menjadi realiti di dalam telefon anda, tablet, PC anda, TV anda, kereta anda yang mempunyai keupayaan untuk semuanya disambungkan,” kata penganalisis utama di Moor Insights & Strategy, Patrick Moorhead. 

Walaupun tanpa penyertaan syarikat teknologi terkemuka seperti Apple Inc dan Microsoft Corp, CES masih mampu menarik beribu-ribu pempamer, seperti gergasi Intel Corp dan Samsung Electronics Co Ltd sehingga kepada syarikat baru ditubuhkan yang mencari pembiayaan. 

Ketua Eksekutif Qualcomm Inc, Paul Jacobs, memberi ucapan dasar pada pembukaan persidangan itu semalam, yang secara tradisinya dikhaskan untuk Microsoft, yang pada tahun lalu memutuskan untuk tidak terbabit dengan CES. 

Jacobs dalam satu temu bual mengenai PBS baru-baru ini berkata, bahawa beliau akan menunjukkan bagaimana teknologi tanpa wayar dapat digunakan ke dalam rumah, kereta dan penjagaan kesihatan selain dalam telefon pintar.

Artikel ini dipetik dari Business Journal 
Permudahkan Kerja-kerja di Rumah Hanya Dengan Sentuhan Jari Permudahkan Kerja-kerja di Rumah Hanya Dengan Sentuhan Jari Reviewed by Adslah Admin on 3:24:00 PM Rating: 5

Post AD