Header AD

Panasonic Akan Keluarkan Tablet Baru Akhir Tahun Ini



Panasonic Corporation mensasarkan untuk mengkomersilkan komputer tablet 4K IPS Alpha panel LCD terbarunya menjelang akhir tahun ini. 

Sasaran itu menjadi petunjuk syarikat gergasi elektronik Jepun itu kini agresif meneroka bidang perniagaan baru dan bernilai tinggi khusus kepada semua segmen penggunaan dalam industri. 

Tablet dengan teknologi LCD 20 inci itu memaparkan resolusi paparan 4K pada 3840 x 2560 atau 9.83 juta piksel iaitu lebih dua kali ganda bagi kedua-dua dimensi resolusi HD penuh (1920 x 1080) dan mempunyai ketumpatan pencahayaan 230 piksel setiap inci bagi memberikan paparan warna imej berkualiti tinggi. 

Kadar paparan 15:10 membolehkan pengguna memiliki paparan hampir kepada saiz kertas A3, sesuai untuk kandungan akhbar, majalah, gambar dan pelan bangunan. 

Komputer yang dipacu platform sistem operasi Windows 8 itu turut ditawarkan bersama pen digital beresolusi tinggi (Anoto Live pen), yang membolehkan pengguna membuat lakaran untuk dikongsi dengan berbilang tablet di lokasi yang berjauhan secara ‘live’.
Panasonic Akan Keluarkan Tablet Baru Akhir Tahun Ini Panasonic Akan Keluarkan Tablet Baru Akhir Tahun Ini Reviewed by Adslah Admin on 7:57:00 AM Rating: 5

Post AD