Header AD

Musim Baru Belum Bermula, Yamaha Sudah Pun Menilik Espargaro



Moto2 musim 2013 bahkan belum dimulakan lagi, namun runner-up 2012, Pol Espargaro telah pun menjadi sasaran yang dikhabarkan oleh Yamaha untuk MotoGP 2014.

Masih terlalu awal untuk membicarakan tentang season 2014, mengingati Jorge Lorenzo dan Valentino Rossi memiliki kontrak tempoh dua tahun dengan kumpukan Garpu Tala. Namun ternyata Yamaha telah mengira masa depan dengan baik sebelum pesaing lain menggugat Espargaro.

Pengurusan Pengarah Yamaha, Lin Jarvis dengan bantuan dari pengurus Rossi, Davide Brivio telah mendapatkan prekontrak dengan Lorenzo di Motegi, Jepun pada tahun 2006, iaini dua tahun sebelum pelumba Spanyol itu benar-benar beraksi di MotoGP. Kontrak penuh baru diberikan setelah seri Laguna Seca, Amerika Syarikat pada tahun 2007. Bukannya tidak mungkin Yamaha melakukan hal serupa pada Espargaro.

Jika kesepakatan ini dicapai, pelumba berusia 22 tahun itu kemungkinan akan membela kumpulan satelit Yamaha, iaitu Monster Yamaha Tech 3 dan mungkin akan menggantikan Cal Crutchlow yang kontraknya habis akhir tahun ini.

Pimpinan kumpulan tersebut, Herve Poncharal dikenali sebagai penggemar Espargaro, dan sempat memasukkan namanya dalam pendaftar pengganti Crutchlow tahun lalu, iaitu ketika pelumba Inggeris itu diisukan akan membela Ducati.
Musim Baru Belum Bermula, Yamaha Sudah Pun Menilik Espargaro Musim Baru Belum Bermula, Yamaha Sudah Pun Menilik Espargaro Reviewed by Adslah Admin on 10:46:00 AM Rating: 5

Post AD