Header AD

Maria Sharapova Mahu Gegar Melbourne

Maria Sharapova

Pemain nombor dua dunia, Maria Sharapova (gambar) sekali lagi akan merasai cerita sama kali ini.

Tahun lalu, bintang Russia itu tiba di Terbuka Australia tanpa sebarang perlawanan pramusim selepas bergelut dengan kecederaan buku lali pada Kejohanan WTA penghujung 2011.

Masalah sama juga memaksanya menarik diri daripada saingan Antarabangsa Brisbane, iaitu satu-satunya kejohanan dija­dualkan untuknya sebelum melangkah ke saingan pertama Grand Slam musim ini.

Setahun kemudian, pemenang Grand Slam empat kali itu sekali lagi melangkah ke Melbourne tanpa persediaan rapi selepas kecederaan tulang selangka memaksanya menarik diri di Brisbane. Kejohanan itu akhirnya dimenangi Serena Williams.

“Penting untuk saya kekal cergas dan bersedia daripada cuba bermain dalam beberapa perlawanan.

“Biasanya saya akan tampil di mana-mana kejohanan umpamanya ke Terbuka Australia dengan keyakinan diri dan kekal cergas.

“Saya tidak perlu memaksa diri untuk bermain dalam lima perlawanan semata-mata untuk membuktikannya,” kata Maria.

Meskipun beraksi di Terbuka Australia dengan persediaan yang hambar, Maria tetap layak ke final sebelum tewas di tangan Victoria Azarenka.


Maria Sharapova Mahu Gegar Melbourne Maria Sharapova Mahu Gegar Melbourne Reviewed by Adslah Admin on 8:05:00 AM Rating: 5

Post AD