Header AD

Kesalahan Dalam Drama Korea I Miss You



Baru-baru ini peminat yang memiliki sepasang mata yang tajam telah menemui kesalahan lucu dalam drama I Miss You yang ditayang di stesen TV MBC. Adegan tersebut ada di dalam episode ke-17 drama Korea yang dibintangi Yoochun dan Yoon Eun Hye tersebut.

Ketika adegan Han Jung Woo (Park Yoo Chun) melarikan diri dengan Lee Soo Yeon (Yoon Eun Hye) yang dituduh membunuh, mata peminat tertuju pada kasut Yoon Eun Hye. Pelik kerana kasut yang dikenakan berubah dari hitam ke kasut bulu dan kembali ke warna hitam.


"Haha itu lawak,","Ia pasti berganti dengan kasut bulu kerana ketika itu tentu sejuk," dan "Bagaimana mereka boleh menemukan hal itu," komen peminat yang melihat artikel tersebut.

Drama I Miss You ini sangat menarik, sesuai untuk tontonan semua masyarakat. Ia akan tamat sirinya pada 17hb nanti.

*Sekadar perkongsian, tidak ada niat untuk memburukkan atau menjatuhkan imej drama tersebut.

Sumber

Kesalahan Dalam Drama Korea I Miss You Kesalahan Dalam Drama Korea I Miss You Reviewed by Adslah Admin on 9:15:00 AM Rating: 5

Post AD