Header AD

Jadi Langsing Hanya Dengan Mencium Bau Raspberry?

Ilustrasi raspberry


Ingin langsing tapi tidak mahu bersusah payah? Mungkin Raspberry keton boleh membantu anda. Raspberry keton adalah sama aroma utamanya dalam raspberry merah yang biasanya digunakan untuk produk kosmetik dan kewangian.

Raspberry ketone dipercaya mampu meningkatkan hormon bernama adiponectin yang boleh mengawal metabolisme dalam badan. Hormon adiponectin yang tinggi dikaitkan dengan lebih sedikitnya lemak yang terkumpul dalam tubuh badan.

Dr Mehmet Oz dalam acara Oprah Winfrey Show pernah menjelaskan bahawa raspberry adalah keajaiban dalam botol yang boleh membakar lemak tubuh badan.

Ann Ashworth, seorang pengkaji dari british Dietetics Association menunjukkan salah satu penelitian yang melihat kesan raspberry ketone pada tikus.

"Meski hasil penemuannya cukup menarik, namun hasil ini belum boleh dipastikan pada manusia sebelum adanya kejian lebih lanjut," katanya, seperti dinyatakan oleh Daily Mail (08/01).

Menurutnya, kajian diperlukan untuk mengetahui apakah raspberry ketone selamat untuk digunakan, kesan sampingan kepada orang yang mengandung, serta selamat digunakan bersama ubat-ubatan yang lain.

Sementara itu, raspberry ketone telah dijual secara online. Bagaimana, anda ingin mencubanya?

Jadi Langsing Hanya Dengan Mencium Bau Raspberry? Jadi Langsing Hanya Dengan Mencium Bau Raspberry? Reviewed by Adslah Admin on 12:40:00 PM Rating: 5

Post AD