Header AD

Hutang Banyak, Deportivo La Coruna Bankrap

Deportivo La Coruna Bankrap

Kemelesetan ekonomi yang melanda Spanyol kembali semula ke dalam industri bola sepak. Deportivo La Coruna dikhabarkan menjadi kelab Spanyol terbaru yang menjadi bangkrap dan bersedia masuk ke dalam proses pentadbiran akibat hutang tinggi.

Seperti yang diberitakan laman Inside Spanish Football, wakil rasmi dan peguam Deportivo La Coruna telah datang ke mahkamah komersial di Coruna untuk membicarakan masalah hutang kelab yang mencapai 99 juta. Pihak kelab juga menyerahkan dokumen yang berisi laporan kewangan kelab untuk memasuki proses pengadilan.

Mahkamah komersial akan terus menyemak dokumen sebelum memberi keputusan sama ada Deportivo La Coruna dibenarkan untuk memasuki proses pengadilan.

Deportivo La Coruna, pernah menjadi juara La Liga pada 2000, ketika ini terperosok di posisi ke 19 liga dan baru saja mengganti pengurus dari Jose Luis Oltra ke Domingos Pacienca. Namun, menggantikan pengurus itu dipercayai tidak akan memberikan impak malah bertambah buruk seiring dengan masalah kewangan yang melanda kelab dari Galicia tersebut.

Hutang Banyak, Deportivo La Coruna Bankrap Hutang Banyak, Deportivo La Coruna Bankrap Reviewed by Adslah Admin on 9:03:00 AM Rating: 5

Post AD