Header AD

Hotel Paling Tua Dalam Dunia



Menurut catatan Guinness World Records, Hoshi - sebuah ryokan (penginapan tradisional Jepun) berusia 1296 tahun - merupakan hotel tertua di dunia. 

Hotel yang berlokasi di Awazu Onsen di daerah Komatsu, Prefektur Ishikawa, Jepun, tersebut didirikan pada tahun 717. Hingga kini, Hoshi masih dioperasikan oleh keluarga yang sama selama empat puluh enam generasi, sebagaimana dinyatakan Oddycentral.co.uk. 

Penginapan tradisional Jepun itu memiliki 100 bilik tamu dan hanare, tempat tinggal tetamu yang peribadi. Terdapat pula dua ruang mandi air panas dalam dan luar yang dipisahkan untuk wanita dan lelaki.

Hoshi juga menyediakan bilik yang dilengkapi dengan bilik mandi dan tandas peribadi yang dapat menampung sekitar empat tetamu atau lebih. Semua ruangan itu tentu memiliki hiasan yang sangat kental dengan budaya Jepun.

Bahkan, para tamu juga diberikan yukata (kimono Jepang) untuk sekadar berehat. Memakai kimono kapas setelah berendam dalam tub mandi menjadi salah satu budaya khas Jepun dan juga menjadi cara terbaik untuk bersantai.

Masakan yang disajikan oleh Hoshi juga cukup berbeza-beza. Salah satunya adalah proses makanan laut. Semuanya ditujukan untuk memuaskan setiap pelanggan. Untuk berjumpa Hoshi, para tetamu biasanya dijemput dari stesen kereta api terdekat.         Gambar  oleh viahouse.com

Hotel Paling Tua Dalam Dunia Hotel Paling Tua Dalam Dunia Reviewed by Adslah Admin on 11:34:00 PM Rating: 5

Post AD