Header AD

Hilang Kawalan, Polis Maut Kerana Moto Terbabas

ANGGOTA polis mengangkat jenazah mangsa.

Petaling Jaya: Seorang anggota polis Balai Bukit Puchong, Subang Jaya, maut apabila motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ketika melalui lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan berhampiran pusat beli-belah Empire Gallery, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, Konstabel Khairul Naim Mohd Saudi, 25, yang menunggang motosikal Yamaha CRS 800 seorang diri menghala ke ibu negara meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dijalankan sebelum jenazah diserahkan kepada warisnya.

JENAZAH Khairul Naim dibawa ke PPUM.
Hilang Kawalan, Polis Maut Kerana Moto Terbabas Hilang Kawalan, Polis Maut Kerana Moto Terbabas Reviewed by Adslah Admin on 7:32:00 AM Rating: 5

Post AD