Header AD

Hilang Dalam Arus Yang Deras

Ditelan kepala air

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa, S Hemanathan, 29, yang memancing bersama rakannya, P Vimalnathen, 28, berdepan saat mencemaskan apabila dihanyutkan arus deras ketika memancing di bawah jambatan sungai berkenaan.

Ini menyebabkan mangsa yang tidak tahu berenang hilang dibawa arus manakala rakannya menyelamatkan diri dengan berpaut pada tebing konkrit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jafri Amat berkata, kedua-dua lelaki terbabit memancing dengan ditemani isteri Vimalnathen dan wanita berkenaan yang menghubungi pihak berkuasa selepas menyedari kejadian itu.

“Lelaki yang terselamat menceritakan sebelum kejadian dia dan mangsa berdiri atas batu di tengah sungai dan ketika itu paras air berada pada buku lali.

“Bagaimanapun, kira-kira 10 minit memancing, air naik mendadak sehingga lutut sebelum tiba-tiba arus deras muncul dari hulu dan menghanyutkan kedua-dua lelaki terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, dalam situasi cemas itu, Vimalnathen menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing konkrit dan berpaut sebelum dibantu orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Dalam tempoh setengah jam, air sudah naik sehingga hampir satu meter dan kemunculan arus deras di sungai berpunca daripada limpahan air hujan lebat dari Serdang beberapa jam sebelum itu.

“Rakan mangsa cuba mengejar mangsa, tetapi gagal kerana arus sungai semakin deras sebelum terpaksa pasrah dan menunggu pasukan penyelamat tiba,” katanya.

Jafri berkata, operasi mencari dan menyelamat dihentikan sementara jam 12 tengah malam, kelmarin, berikutan cuaca gelap selain arus sungai deras sebelum dimulakan semula jam 9 pagi, semalam.

Hilang Dalam Arus Yang Deras Hilang Dalam Arus Yang Deras Reviewed by Adslah Admin on 7:46:00 AM Rating: 5

Post AD