Header AD

Dua Beradik Temui Ajal Di Plaza Tol Kilometer 24, Lebuhraya Silk

Dua Beradik Temui Ajal


KUALA LUMPUR: Dua beradik maut manakala seorang rakannya parah selepas terbabit kemalangan di Kilometer 24, Lebuhraya Silk, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, kereta Perodua Kelisa dipandu mangsa yang dikenali sebagai Henry, 24, hilang kawalan sebelum melanggar tembok Plaza Tol Sungai Ramal.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Superintendan Zulkifli Jonit berkata, kereta dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas sebaik tiba di tempat kejadian.

Katanya, akibat kejadian itu, mangsa dan adiknya yang dikenali sebagai Balamurugam, 19, maut di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan.

“Seorang lagi rakan mangsa yang berusia 20-an parah dan dibawa ke Hospital Kajang,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, mayat dua beradik terbabit dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Mishan Benu berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 8.20 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kami mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit masing-masing di bahagian pemandu, penumpang depan dan belakang dengan mengambil masa 15 minit,” katanya.

Dua Beradik Temui Ajal Di Plaza Tol Kilometer 24, Lebuhraya Silk Dua Beradik Temui Ajal Di Plaza Tol Kilometer 24, Lebuhraya Silk Reviewed by Adslah Admin on 11:41:00 AM Rating: 5

Post AD