Header AD

Casillas Kecewa Kekalahan Ronaldo Ke Atas Messi

Cristiano Ronaldo

Iker Casillas mengaku kecewa melihat Cristiano Ronaldo lagi-lagi dikalahkan oleh Lionel Messi dalam perebutan Ballon d"Or.

Messi berjaya meraih 41.6 persen untuk kembali memenangi FIFA Ballon d"Or untuk kali empat secara berturut-turut. Hasil tersebut mengungguli hasil suara Ronaldo (23.68 persen) dan Andres Iniesta (10.91).

Casillas, yang memilih Sergio Ramos, Ronaldo dan Xavi sebagai pemain terbaik 2012, mengaku sedih di atas kekalahan Ronaldo. Meskipun begitu, ia juga mengakui bahawa La Pulga memang layak untuk mendapatkan trofi tersebut.

"Messi baru saja memenangi Ballon d"Or dan ia layak untuk diberikan kepadanya. Akan tetapi, kami sedikit kecewa kerana kami ingin melihat Cristiano memenangi gelaran Ballon d"Or keduanya," kata kapten Real Madrid tersebut.

Casillas pun menilai bahawa memilih salah satu dari ketiga finalis bukanlah hal yang mudah sebab mereka merupakan pemain terbaik di dunia pada ketika ini.

Casillas Kecewa Kekalahan Ronaldo Ke Atas Messi Casillas Kecewa Kekalahan Ronaldo Ke Atas Messi Reviewed by Adslah Admin on 7:46:00 AM Rating: 5

Post AD