Header AD

Bos Dorna Masih Yakin Rossi Boleh Mara Ke Depan



CEO Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta sangat yakin bahawa Valentino Rossi boleh kembali mara ke posisi paling depan di MotoGP musim 2013 ini.

Sembilan kali juara dunia tersebut kembali ke Yamaha tahun ini setelah menjalani dua musim yang buruk bersama Ducati. Meskipun begitu, Rossi sendiri mengaku yang dia merasa ragu atas potensinya musim ini.

"Kita harus paham apakah saya masih merupakan pelumba hebat, adakah saya masih laju dan adakah masih boleh meraih peminat. Saya sendiri tidak tahu, kerana setelah menjalani dua musim yang buruk, tidak ada yang tahu," ujar Rossi.

Bagaimanapun, Ezpeleta tetap berharapan baik tentang peluang Rossi. "Saya sangat yakin, Vale boleh menentang pelumba lain dengan seluruh bakat dan pengalaman yang ia miliki," jelasnya. "Ia memutuskan kembali ke Yamaha kerena ingin kembali maju ke depan."

Hingga kini, Rossi yang akan berusia 34 tahun pada 16 Februari yang mendatang masih merupakan pelumba yang popular di paddock MotoGP. Ezpeleta pun yakin pelumba Itali itu boleh tampil dengan baik demi kejuaraan pelumba motor hebat tersebut.

"Vale mempunyai nama yang besar. Ia adalah pahlawan bagi banyak pelumba dan merupakan salah satu pelumba terbaik dalam sejarah MotoGP. Jika ia mampu meraih mimbar dan memenangkan perlumbaan, maka akan baik untuk kejuaraan ini," katanya ringkas.
Bos Dorna Masih Yakin Rossi Boleh Mara Ke Depan Bos Dorna Masih Yakin Rossi Boleh Mara Ke Depan Reviewed by Adslah Admin on 8:31:00 AM Rating: 5

Post AD