Header AD

Bolehkah Makan Buah Sebagai Pengganti Sarapan?

Bolehkah Makan Buah Sebagai Pengganti Sarapan?

Kebanyakan orang hanya memakan buah-buahan untuk menggantikan sarapan kerana sudah terlewat atau ingin mengejar masa. Buah-buahan segar dianggap bernutrisi dan sihat untuk diambil sebagai pengganti sarapan.

Namun pemikiran tersebut tidak tepat. Eileen Canday, ahli diet dari Breach Candy Hospital menjelaskan bahawa vitamin dan mineral yang ada dalam buah-buahan tak cukup untuk memberi tenaga untuk beraktiviti dalam seharian.

"Sebaliknya pengambilan sarapan yang lengkap memberi vitamin C, kalsium, serat, dan protein. Nutrisi ini cukup untuk memberi tenaga untuk beraktiviti," jelas Canday, seperti dinyatakan oleh Times of India (16/01).

Sarapan lengkap akan memberikan nutrisi yang cukup untuk beraktiviti seharian, dan mencegah anda dari merasa lapar. Potongan buah-buahan tidak akan cukup untuk bertahan hingga makan pada waktu siang.

Pengambilan buah-buahan ketika sarapan pagi dibolehkan asalkan diikuti dengan makanan lain yang kaya nutrisi, seperti oatmeal, atau makanan lain yang mengandung serat dan protein. Dengan mencampurkan sarapan lengkap dengan buah-buahan, anda akan mendapatkan sarapan yang lebih bernutrisi.

Selain itu, sarapan adalah salah satu waktu makan yang penting. Anda perlukan banyak protein untuk diambil agar menghasilkan banyak tenaga, sekaligus menghindari tumpukan lemak. Protein yang diambil pada pagi hari akan segera dibakar, sehingga tidak terkumpul. Hal ini berbeza dengan makan di siang dan petang hari, ketika tubuh tidak lagi membakar protein secara aktif.

Protein akan membuat anda lebih lama kenyang, sehingga anda tak akan banyak snek atau merasa lapar sebelum waktu makan tengah hari. Jadi, jangan jadikan buah sebagai pengganti sarapan.

Buah boleh anda gunakan sebagai snek ketika di siang hari atau sebagai tambahan nutrisi bagi sarapan anda. Buah yang kaya vitamin akan membuat anda tetap segar, sekaligus membantu menjaga berat badan.
Bolehkah Makan Buah Sebagai Pengganti Sarapan? Bolehkah Makan Buah Sebagai Pengganti Sarapan? Reviewed by Adslah Admin on 8:34:00 PM Rating: 5

Post AD