Header AD

Berita Lanjut Tentang Pemuda Mengamuk Bakar Kenderaan JPJ

Berita Lanjut Tentang Pemuda Mengamuk Bakar Kenderaan JPJ

SITIAWAN: Tindakan ganas dan melampau apabila sekumpulan kira-kira 40 lelaki dipercayai membabitkan tonto bertindak menterbalikkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum membakar kenderaan berkenaan.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari tadi, tiga pegawai JPJ yang menaiki pacuan empat roda model Toyota Fortuner terselamat apabila sempat keluar dan lari menyelamatkan diri ke arah Balai Polis Sri Manjung, di sini. 

Timbalan Ketua Polis Manjung, Deputi Superintanden Ahmad Mat Isa berkata, kejadian berlaku sebaik pacuan empat roda berkenaan yang datang dari arah Ipoh berhenti di lampu isyarat merah berhampiran hadapan Sekolah Menengah Methodist, Air Tawar, di sini. 

Menurutnya, ketika sedang menunggu lampu hijau, sebuah lori yang membawa muatan tandan kelapa sawit merempuh belakang kenderaan JPJ berkenaan.

Difahamkan kemalangan itu turut menyebabkan sebuah lori, dua bas, empat kereta dan sebuah motosikal terbabit dalam nahas berkenaan.

Lihat video di sini

Baca selanjutnya di sini
Berita Lanjut Tentang Pemuda Mengamuk Bakar Kenderaan JPJ Berita Lanjut Tentang Pemuda Mengamuk Bakar Kenderaan JPJ Reviewed by Adslah Admin on 7:13:00 AM Rating: 5

Post AD