Header AD

Alonso Yakin Hamilton Pelumba Terkuat di F1

Fernando Alonso

Fernando Alonso menyatakan bahawa bekas rakan pasukannya di McLaren, Lewis Hamilton merupakan pelumba terkuat di Formula 1 ketika ini, meskipun Sebastian Vettel menjadi juara dalam tiga tahun terakhir.

Akhir tahun lalu, Hamilton melarikan diri dari McLaren sejak membela mereka pada tahun 2007 silam. Kini ia bergabung dengan Nico Rosberg di Mercedes untuk menggantikan Michael Schumacher yang telah bersara.

"Siapakah pelumba terkuat? Jawapan saya adalah Lewis. Sudah terbukti tahun lalu, dan tahun ini ia akan tetap kuat. Semua pelumba harus mengawasinya," kata Alonso.

Alonso yang menghadiri acara Wrooom Press Ski Meeting yang digelar Ferrari dan Ducati di Italia, 14-18 Januari tersebut berpendapat bahwa Hamilton boleh menang dengan kereta manapun, termasuk Mercedes.

"Saya yakin ia boleh memenangi perlumbaan. Mercedes meraih kemenangan bersama Nico tahun lalu dan Lewis boleh menang dengan kereta apa saja. Ia boleh menang dengan Mercedes," tegasnya.
Alonso Yakin Hamilton Pelumba Terkuat di F1 Alonso Yakin Hamilton Pelumba Terkuat di F1 Reviewed by Adslah Admin on 8:03:00 AM Rating: 5

Post AD