Header AD

87 Mangsa Sedang Ambil Peperiksaan di Universiti Maut

Keadaan Kampus Universiti Aleppo yang musnah akibat letupan bom.

87 mangsa sedang ambil peperiksaan di universiti maut

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 87 terkorban dalam dua letupan bom di kampus Universiti Aleppo ketika penuntut menduduki peperiksaan semalam. 

Kumpulan aktivis Pemerhati Hak Asasi Syria (SOHR) memberi amaran angka kematian mungkin melepasi 100 orang, menjadikan ia antara serangan paling berdarah dalam konflik 22 bulan di Syria. 

Tiada pihak mendakwa bertanggungjawab tetapi kerajaan dan pejuang pembebasan masing-masing menyalahkan satu sama lain.

Syaria tutup universiti

Aktivis pembangkang berkata, jet kerajaan melancarkan serangan udara, manakala pegawai tentera bertegas, pejuang pembebasan membedil peluru berpandu dan jatuh di kawasan itu.

Universiti itu terletak di kawasan dikawal kerajaan di zon perang yang digegarkan dengan keganasan sejak musim panas lalu apabila tentera rejim melancarkan serangan untuk mengekang kemaraan pejuang pembebasan. 

Agensi berita SANA berkata, ia adalah hari pertama peperiksaan dan ia terpaksa ditangguhkan, manakala semua universiti ditutup sebagai tanda berkabung.

Sumber
87 Mangsa Sedang Ambil Peperiksaan di Universiti Maut 87 Mangsa Sedang Ambil Peperiksaan di Universiti Maut Reviewed by Adslah Admin on 7:57:00 AM Rating: 5

Post AD