Header AD

Warga Mesir Undi Draf Perlembagaan


Penyokong Presiden Mohamed Morsi memegang gambar dan 
slogan memuji beliau semasa demonstrasi di Kaherah.

Wanita Mesir menunggu untuk mengundi di luar pusat undi di Iskandariah, Mesir, semalam. - Foto AP

Keputusan akan diketahui pertengahan minggu depan

Kaherah: Penduduk Mesir semalam mula mengundi draf Perlembagaan yang memecah-belahkan negara mereka. 

Presiden Mohammed Morsi dan penyokongnya berkempen mendapatkan sokongan manakala golongan liberal, sekular Muslim dan Kristian menentangnya. 

Negara itu dilanda krisis politik disaksikan menerusi bantahan dan keganasan membawa maut.

Kini, persoalan mengenai pengundian terbaru tertumpu kepada sama ada Mesir kini beralih kepada pemerintahan agama di bawah Morsi dan Ikhwanul Muslimin serta blok Salafi atau tradisi sekular dengan nilai Islam.

“Masa untuk berdiam diri sudah berakhir. Saya tidak sokong Perlembagaan baru. Morsi tidak wajar memecahbelahkan negara,” kata pekerja bank, Essam el-Guindy yang mengundi di daerah Zamalek.

Beliau adalah antara 20 penduduk yang berbaris untuk mengundi manakala satu lagi barisan pengundi wanita berada tidak jauh dari situ. 
Di tempat lain di Kaherah, beratus-ratus penduduk mula berbaris di luar pusat mengundi hampir dua jam sebelum undian bermula pada 8 pagi waktu tempatan.

“Saya baca sebahagian Perlembagaan dan tidak nampak sebarang alasan untuk tidak menyokongnya,” kata Rania Wafik sambil meembawa anaknya yang baru lahir.

Menunjukkan ketegangan masih berterusan menjelang pengundian, hampir 120,000 askar berkawal di pusat mengundi.

Satu kumpulan radikal juga menyatakan mahu menghantar anggotanya bagi mengawal pusat mengundi bersama tentera dan polis.

10,000 maut, 1,000 cedera

Pertempuran antara penyokong Morsi dan penentangnya sejak tiga minggu lalu menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang maut dan 1,000 lagi cedera.

“Undi tidak kepada Perlembagaan yang menumpahkan darah,” menurut tajuk akhbar Al Masry Al Youm. 

Pengkritik bimbang dengan kesahihan dokumen perundangan itu selepas kebanyakan hakim enggan menyelia undian.

Kumpulan hak asasi juga memberi amaran bahawa peluang agak terbuka untuk penipuan undi berlaku.

Mesir mempunyai 51 juta pengundi dan 26 juta dijangka mengundi minggu depan dan bakinya pada minggu selepas itu. - AP
Warga Mesir Undi Draf Perlembagaan Warga Mesir Undi Draf Perlembagaan Reviewed by Adslah Admin on 7:08:00 AM Rating: 5

Post AD