Header AD

Wanita Buruk Rupa Kerana Disiram Air Panas Kini Jadi Jutawan


Seorang wanita berasal dari New Delhi, India, yang menjadi korban penyiraman air panas memenangi hadiah di acara kuis televisyen yang paling popular di India dan mengistiharkannya sebagai seorang jutawan.

Sonali Mukherjee, 27 tahun, akhirnya mampu membiayai operasi plastiknya sendiri setelah ia dinyatakan sebagai pemenang dalam acara tersebut.

Sonali terkena serangan air panas ketika ia berusia 17 tahun dan sejak saat itu keluarganya menghabiskan semua tabungannya untuk membiayai rawatan Sonali.

Sonali yang selama ini cacat dia dia dijauhi dan selalu ditolak sama kawan-kawannya telah memenangi wang Sebanyak $30,000, saat ia tampil di acara tersebut dengan pelakon Bollywood dan bekas Miss Universe Lara Dutta. 

Sonali, yang telah menjalani operasi lebih dari 20 kali sejak serangan pertama tahun 2003 mengatakan, kemenangan itu adalah pengubatan yang paling sempurna untuk luka-lukanya.

Seperti yang dinyatakan Daily Mail, Selasa (25/12/2012), Sonali adalah seorang mahasiswi di wilayah India Timur, Dhanbad, yang mendapat serangan air panas yang biasa digunakan pada saat praktikal kimia yang berguna untuk membersihkan alat-alat berkarat ketika Sonali sedang tertidur nyenyak.

Kerana serangan tersebut, Sonali telah mengalami buta tuli sebahagian yang diakibatkan oleh luka-lukanya.

Si ayah yang tidak dapat menerima Sonali yang mengalami peristitwa seperti itu melaporkan pesalah ke pihak berwajib namun ianya kecewa kerana pesalah hanya mendapat hukuman penjara selama beberapa bulan saja.

"Kami mengajukan permohonan ke pengadilan yang tinggi. Namun yang terjadi adalah pesalah dikirim ke penjara tapi dibebaskan segera. Sekarang pesalah itu sibuk menikmati hidupnya."

Sejak saat itu, ia menulis surat ke Pemerintah untuk membiayai pengubatannya dan ia mengancam akan bunuh diri jika ia tidak menerima bantuan negara.

Keluarganya pun harus menjual tanah nenek moyang, pehiasan dan kehabisan seluruh tabungannya untuk perawatan lebih lanjut Sonali.

Rangkaian operasi dan perundingan yang telah dilalui Sonali memakan ribuan ringgit.

Apa yang terjadi pada Sonali dalam acara tersebut mengingatkan kita akan filem garapan Danny Boyle yang berhasil memenangkan piala Oscar, Slumdog Millionaire.

Penampilan Sonali dinilai telah menunjukkan keberanian dalam menghadapi kesulitan hidupnya.
Wanita Buruk Rupa Kerana Disiram Air Panas Kini Jadi Jutawan Wanita Buruk Rupa Kerana Disiram Air Panas Kini Jadi Jutawan Reviewed by Adslah Admin on 10:49:00 PM Rating: 5

Post AD