Header AD

Terowong Lebuh Raya Di Barat Tokyo Runtuh : Tujuh Masih Hilang


Lima mayat yang rentung ditemui di dalam terowong Sasago di Lebuh Raya Chuo, sebelah barat Tokyo, yang runtuh awal pagi semalam sementara kebimbangan bahawa akan ada runtuhan susulan berterusan.

Insiden itu turut menyebabkan kebakaran dan pertembungan beberapa kenderaan.

Sekurang-kurangnya tujuh orang hilang di terowong yang panjangnya hampir lima kilometer. Ia antara terowong paling panjang di Jepun.

Terowong itu terletak kira-kira 80 kilometer ke barat Tokyo. 













"Kami menemui beberapa mayat yang rentung dalam sebuah kereta. Kami dapat mengesahkan tetapi belum mengeluarkan mereka untuk pemeriksaan lanjut," kata seorang pegawai dipetik AFP.

Agensi Bomba dan Pengurusan Bencana juga mengesahkan lima mayat telah ditemui.

Menurut agensi itu, sebuah lagi kereta yang musnah terbakar turut ditemui.

Salah seorang mangsa runtuhan memberitahu Jiji Press berkata yang dia turut menyaksikan konkrit terowong jatuh ke arah sebuah kereta yang berada di depan.

Katanya, dia mendengar suara meminta bantuan manakala seorang wanita keluar dari kereta dengan keadaan pakaian terkoyak.

Saksi menambah, dia ada bertanya kepada wanita itu, yang tidak henti-henti menggeletar, berapa ramai ada dalam keretanya.

"Dia berkata kesemua kawan dan teman lelaki saya... tolong bantu mereka," katanya sambil berkata, "api pula mara dengan cepat."

Sedutan kamera keselamatan yang dikeluarkan lewat petang semalam menunjukkan panel konkrit dalam bentuk 'V' jatuh di tengah laluan lebuh raya.

Terowong Sasago, yang terletak di wilayah Yamanashi, menghubungkan bahagian barat Tokyo dan ibu negara Jepun.

Menurut jabatan bomba, kebakaran dapat dipadam kira-kira tiga jam selepas runtuhan terowong.

Pengendali lebuh raya, Central Nippon Expressway berkata, panel dinding terowong jatuh di sepanjang 50 hingga 60 meter laluan lebuh raya.

Jurucakap pengendali lebuh raya berkata, pihaknya masih menyiasat punca kejadian, tetapi difahamkan ia diakibatkan oleh aliran lumpur.

Pada 1996, sebuah terowong di ubahagian tara Jepun runtuh ke atas kereta dan bas menyebabkan 20 orang terbunuh.

Dalam pada itu, laporan Reuters pula memetik seorang mangsa, - wartawan NHK, Yoshio Goto sebagai berkata, dia berjaya menyelamatkan diri keluar dari terowong dengan memandu laju apabila dinding terowong mula runtuh.

"Saya terus memandu dengan laju dengan menekan panel minyak dan berjaya keluar dari terowong. Sebaik sahaja saya berjaya keluar, saya dapati separuh daripada kereta saya sudah remuk," katanya.
Terowong Lebuh Raya Di Barat Tokyo Runtuh : Tujuh Masih Hilang Terowong Lebuh Raya Di Barat Tokyo Runtuh : Tujuh Masih Hilang Reviewed by Adslah Admin on 2:02:00 AM Rating: 5

Post AD