Header AD

Saintis Kesan Ais Terdapat di Utarid


Imej radar menunjukkan kutub utara planet Utarid yang dikatakan dilitupi ais.

Washington: Saintis semalam mengumumkan penemuan bukti baru bahawa Utarid, planet yang paling hampir dengan matahari menyimpan banyak ais dan mendedahkan bagaimana air boleh wujud di planet itu. 

“Data terbaru menunjukkan ais dalam wilayah kutub Utarid jika tersebar menyamai saiz melebihi Washington DC iaitu lebih 3.2 kilometer tebal,” kata seorang penyelidik yang terbabit dalam misi NASA untuk mengkaji Utarid, David Lawrence. 

Walaupun kebanyakan kawasan Utarid panas, paksi putarannya hampir selari dengan matahari, bermakna kutub planet itu tidak pernah dilanda pemanasan sinar matahari. 

Saintis sejak sekian lama mempunyai hipotesis bahawa kutub ini boleh melindungi air beku dan bahan penting lain. Pada 1991 teori berkenaan dipertingkatkan apabila satu teleskop berkuasa di Puerto Rico mengesan radar di kutub, sering kali di kawasan dalam misi terdahulu dalam tahun 1970-an yang menunjukkan kesan kawah besar ditemui. 

Untuk pertama kalinya, data terbaru dari kapal angkasa lepas MESSENGER yang mendarat di Utarid pada 2011 membenarkan model terperinci untuk mencari misteri di kutub Utarid itu. 

Imej dari MESSENGER mengesahkan bahawa radar berkenaan semuanya dalam kawasan berbayang, sejuk selaras dengan teori ia mungkin kawasan ais. 

Spektrometer neutron kapal angkasa lepas juga menganalisis kepekatan hidrogen sebagai cara mengenal pasti kehadiran air, yang juga adalah molekul mengandungi hidrogen dan oksigen. 

Di kawasan lebih sejuk, air berada di permukaan tetapi lebih panas di kawasan berkenaan, di mana ais mungkin mencair, ia ditutupi bahan gelap dengan kepekatan hidrogen yang rendah. - AFP

Sumber - Berita harian
Saintis Kesan Ais Terdapat di Utarid Saintis Kesan Ais Terdapat di Utarid Reviewed by Adslah Admin on 7:44:00 AM Rating: 5

Post AD