Header AD

Roket Korea Utara Boleh Hentam Amerika



Roket yang dilancarkan Korea Utara awal bulan ini mempunyai daya jelajah melebihi 9.600 kilometer. Ertinya roket itu boleh mencapai wilayah Amerika Syarikat.

Laporan cnn.com melaporkan, Isnin (24/12), tiga pejabat tentera dari Kementerian Pertahanan Korea Selatan kelmarin memberikan ulasan pelancaran roket Korea Utara itu. Mereka mengatakan pelancaran roket itu menggunakan alat pelancar berkomponen oksigen yang menurut Badan Angkasa Luar Amerika (NASA), boleh membakar bahan bakar roket di atmosfera.

Pejabat Korea Utara menyambut gembira kejayaan pelancaran roket jarak jauh itu. Roket itu, kata mereka, untuk menempatkan satelit di orbitnya. Dunia internasional mengkritik pelancaran roket itu. Menurut beberapa negara, pelancaran roket itu adalah dari uji kaji teknologi ballistic missile. Perikatan Bangsa-Bangsa (PBB) melarang Korea Utara mengembangkan teknologi itu.

Pejabat tentera Korea Selatan mengatakan bukti yang mereka temukan memperlihatkan Korea Utara telah berhasil mengembangkan teknologi nuklear dan ballistic missile.

Berdasarkan sebuah simulasi, roket Korea Utara itu boleh menjelajah sejauh lebih dari 10 ribu kilometer hingga mencapai daratan Amerika. Roket itu mampu membawa muatan seberat 500 hingga 600 kilogram.
Roket Korea Utara Boleh Hentam Amerika Roket Korea Utara Boleh Hentam Amerika Reviewed by Adslah Admin on 8:09:00 AM Rating: 5

Post AD