Header AD

Rawatan Kesuburan Wanita Berusia

Rawatan Kesuburan Wanita Berusia

Pasangan perlu segera periksa tahap kesuburan apabila belum hamil biarpun sudah setahun berkahwin.

Telur wanita terhasil sebulan sekali dan semakin berkurangan mengikut pertambahan usia

"Tidak melakukan rawatan menyuntik benih ke dalam rahim (IUI), sebaliknya terus kepada rawatan persenyawaan benih luar rahim (IVF)". 

Itu antara topik paling hangat dibincangkan pada Kongres Antarabangsa Saintis ke 10 berlangsung, di Sarawak baru-baru ini. 

Berkongsi pengalaman menghadiri kongres itu, Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Pantai, Dr Eeson Sinthamoney, berkata isu itu diutarakan pakar disegani dalam bidang Obstetrical and Gynaecological (O&G), Prof William Legder. 

Atas alasan mengelakkan pembaziran (telur) wanita menerusi beberapa prosedur awal dalam IUI dianggap boleh melambatkan wanita mendapat zuriat. 

Prof Ledger dipetik sebagai berkata; “Semakin ramai wanita berkahwin lewat dan menangguhkan kehamilan. Sedangkan usia amat mempengaruhi kesuburan wanita. Tiada jaminan atau bukti perubahan gaya hidup membantu memelihara jangka panjang kesuburan apatah lagi di kalangan wanita yang tidak diketahui masalah kesuburannya tetapi gagal hamil walaupun sudah berkahwin bertahun-tahun.” 

Jelas Dr Eeson apa yang diperkatakan Prof Legder itu, suatu pendedahan berani dan ada kebenarannya kerana telur wanita terhasil sebulan sekali dan ia akan semakin berkurang mengikut pertambahan usia. 

Usia meningkat telur berkurangan 

“Secara umum sebelum melalui IVF, pesakit akan diberikan ubat kesuburan, mencuba kaedah IUI dan paling akhir IVF. Dari proses pengambilan ubat hingga ke peringkat permulaan IFV boleh makan masa beberapa tahun, selain perlukan kos, masa dan emosi ditanggung pasangan sekiranya prosedur itu menemui kegagalan. 

“Bagi wanita berkahwin lambat atau berkahwin lama tetapi tidak mempunyai anak, pasti masa amat berharga. Apatah lagi kesuburan wanita bergantung kepada jumlah telur dihasilkannya, di mana semakin meningkat usia jumlah telurnya semakin sedikit,” katanya. 

Dr Eeson berkata, cadangan diberikan Prof Ledger itu, sesuai dilakukan kepada wanita berusia 35 tahun ke atas dan didapati tidak hamil walaupun sudah berkahwin dua tahun tanpa diketahui masalah kesuburannya walaupun sudah melalui proses penyelidikan terperinci. 

Mengenai Kongres itu, ia anjuran The Royal Collage of Obstetricians and Gynaecologists (RCOG) bersama Persatuan Obstetricians and Gyneacologist dan Sarawak menjadi tuan rumah. Kongres dan RCOG dianggap paling penting bagi perkembangan O&G dunia. 

Pada acara itu lebih 1,391 wakil dari lebih 50 negara menghadiri kongres itu untuk membincangkan pelbagai topik penting mengenai kesihatan wanita di seluruh dunia, antaranya meningkatkan kesihatan kesuburan wanita, keselamatan wanita ketika dan selepas melahirkan dan pengesahan kanser. 

Kongres ini juga satu hub bagi saintis dan pakar untuk membincangkan peningkatan isu undang-undang dan dasar dalam bidang O&G. 

Melihatnya ia sebagai penyelesaian kepada masalah kesuburan, pada masa sama Dr Eeson menegaskan, secanggih mana pun teknologi kesuburan negara tetapi usia wanita adalah faktor utama pengaruhi tahap subur untuk hamil. 


Punca ketidaksuburan 

“Aliran wanita berkahwin lewat iaitu sekitar 35 tahun ke atas tidak menolak kemungkinan tahap kesuburan wanita untuk melahirkan anak semakin menurun. Sedangkan kemuncak usia wanita untuk hamil pada usia 23 tahun. Di negara ini, masalah kesuburan berada antara 10 hingga 15 peratus,” katanya. 

Dr Eeson berkata, banyak punca ketidaksuburan antaranya usia dan obesiti. Tetapi ia boleh dirawat, asalkan pasangan segera berjumpa pakar kesuburan apabila belum hamil sungguhpun sudah setahun berkahwin. Perlu saya tegaskan ketika melakukan rawatan kesuburan, kedua dua pasangan perlu hadir. 

“Saya pernah berhadapan dengan pesakit tidak hamil selepas bertahun-tahun kahwin. Selepas diselidiki, sperma suami tidak mempunyai benih (sungguhpun ada mani). Kemudian kami mengambil benih itu menerusi kilang sperma. Sebetulnya, menerusi pemeriksaan khusus, benih lelaki dapat dikenal pasti sama ada bentuknya sempurna atau cacat,” katanya. 

Tegasnya kemajuan rawatan perubatan kini pasangan lebih mudah mendapatkan anak kecuali wanita itu sudah berusia kerana akibat tahap kesuburan semakin menurun. 

“Pasangan perlu segera mendapatkan rawatan mengenal pasti masalah dihidapi hingga menyebabkan kesukaran hamil selepas setahun berkahwin,” katanya. 


INFO: 

Antara punca ketidaksuburan: 

• Masalah hormon atau kawalan kitaran haid 
• Kerosakan kepada saluran fallopian 
• Pembentukan rahim yang tidak normal 
• Ketumbuhan di rahim saperti fibroid, polyp 
• Endometriosis 
• Masalah lelaki (sperma) 


Kesan umur terhadap kesuburan wanita 

* Peningkatan umur mengurangkan peluang wanita untuk mempunyai bayi melalui 
cara berikut: 

i. Kemampuan ovari wanita untuk membebaskan telur yang sedia disenyawakan akan 
berkurangan apabila umur meningkat. 

ii. Kesihatan telur seseorang wanita berkurangan mengikut umur. 

iii. Apabila umur wanita meningkat, dia lebih mudah mengalami masalah kesihatan 
yang boleh menganggu kesuburan. 

iv. Apabila umur wanita meningkat, risikonya untuk mengalami keguguran 
bertambah.
Rawatan Kesuburan Wanita Berusia Rawatan Kesuburan Wanita Berusia Reviewed by Adslah Admin on 9:45:00 AM Rating: 5

Post AD