Header AD

Protes Anti-Morsi Telah Sampai Depan Istana Presiden



Penunjuk perasaan membawa gambar 
Morsi ketika melakukan protes di 
Universiti Kaherah lewat kelmarin. 
Foto REUTERS

Suasana bantahan di depan Istana Presiden di Kaherah. - Foto AP

Kaherah: Penunjuk perasaan anti pemimpin Mesir terus meluahkan bantahan hingga ke depan istana Presiden Mohamed Morsi semalam selepas beliau dituduh membolot kuasa.

Penunjuk perasaan menuntut beliau digulingkan, keadaan yang tidak pernah dihadapi Presiden Hosni Mubarak, meskipun protes meletus ke atasnya. 
Berkhemah depan istana Ratusan penunjuk perasaan berkhemah di depan istana Itihadiya pagi semalam. Kawasan itu dikepung malam sebelumnya oleh rakyat anti-Morsi yang marah dengan perintah khas menambah kuasanya pada 22 November lalu. 

Morsi yang keluar dari kediaman rasmi itu sudah kembali bertugas di Istana Presiden pagi semalam, kata pembantunya.

Beliau meninggalkan tugas mengikut jadual selepas mesyuarat kelmarin dan kembali ke rumahnya di pinggir Kaherah, kata Kementerian Dalam Negeri kelmarin. 

Sebelum Subuh, peniaga mendirikan kedai sepanjang tembok istana yang disembur grafiti anti-Morsi.

“Amaran akhir, presiden dikepung,” menurut tajuk utama akhbar al-Shuruk, ketika akhbar bebas, Al-Watan mengisytiharkan “Revolusi di depan pintu Presiden.” 
Dalam bantahan kelmarin, penyertaan puluhan ribu penunjuk perasaan lain untuk membantah, sekumpulan memotong kawat duri yang didirikan beberapa ratus meter dari istana, memaksa polis melepaskan gas pemedih mata sebelum berundur, membenarkan penunjuk perasaan mendekati tembok istana.

Rakyat merosakkan tiang lampu dan melaungkan ‘pergi’ dalam kekerasan di luar istana yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Pada hari terakhir revolusi yang menjatuhkan Mubarak, berpuluh ribu rakyat cuba mendekati istana Itihadiya tetapi dihalang oleh polis tentera.

Beratus-ratus lagi penentang Morsi menghabiskan semalaman dalam khemah didirikan 2 minggu di Dataran Tahrir. AFP
Protes Anti-Morsi Telah Sampai Depan Istana Presiden Protes Anti-Morsi Telah Sampai Depan Istana Presiden Reviewed by Adslah Admin on 7:04:00 AM Rating: 5

Post AD