Header AD

Penyiksaan kanak-kanak Makin Teruk Di Arab Saudi



Laporan dari Kementerian Social Arab Saudi menyatakan 45% kanak-kanak di negara itu merupakan korban pelbagai bentuk kekerasan. Hal itu menunjukkan semakin berkurangan kesedaran dalam masyarakat.

Stesen televisyen Al-Arabiya melaporkan, Isnin (26/11) seorang psikologi bernama Sanaa Al-Howaili menyatakan kekerasan terhadap kanak-kanak telah menjadi fenomena berbahaya. "Kanak-kanak semakin banyak didera di dalam rumah dan di sekolah," katanya.

Kes kekerasan itu, kata Howaili, boleh dilihat melalui Program Nasional Keamanan Keluarga. Pada 201- angka kekerasan terhadap kanak-kanak mencapai 292 kes. Tahun lalu meningkat menjadi 500 kes. "Ini menunjukkan perlunya penyelesaian terhadap punca masalah iaitu cara memperlakukan anak-anak."

Menurutnya, orang tua harus mengubah cara mengasuh anak tanpa kekerasan. Salah cara dalam mendidik anak-anak boleh menyebabkan keperibadian anak akan menjadi buruk di masa depan. "Salah cara asuhan boleh memburukkan pertumbuhan, termasuk dalam hal kecerdasan, perhatian, kepercayaan diri, susah tidur dan tekanan."

Anak-anak yang menjadi korban kekersan boleh menjadi sangat agresif. Hal ini boleh dilihat dari tingkahlaku mereka merosak barang-barang dalam rumah. "mereka bahkan boleh lari dari rumah dan dalam beberapa kes, boleh menjadi orang yang kurang siuman.

Mengabaikan dan tidak mempedulikan mereka juga merupakan bentuk lain dalam kekerasan
Penyiksaan kanak-kanak Makin Teruk Di Arab Saudi Penyiksaan kanak-kanak Makin Teruk Di Arab Saudi Reviewed by Adslah Admin on 1:35:00 AM Rating: 5

Post AD