Header AD

Pengusaha Produk Kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah

Gambar Sri Wani Choo Abdullah

Sri Wani fail notis tunjuk sebab


KUALA LUMPUR - Pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, semalam memfailkan notis tunjuk sebab kepada suaminya, Prof Dr Baharom Sanugi, kerana masih belum menyelesaikan bayaran kos RM12,000 seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Sri Wani memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah di sini, ditemani peguamnya, Mohamad Azrul Azhan Mohammad Jamil. Mahkamah menetapkan 7 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Pada 12 November lalu, Baharom, bekas dekan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), gagal dalam permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menggantung perintah mahkamah yang mengarahkannya membayar RM12,000 kepada isterinya pada 30 Ogos lalu.

Permohonan penggantungan arahan mahkamah berkaitan kos itu difail Baharom pada 27 September lalu, atas beberapa alasan, termasuk mendakwa dirinya tidak mampu kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

Beliau diperintah membayar kos mahkamah RM3,000  kepada isteri ketiganya itu, selepas Mahkamah Tinggi menolak empat permohonan difailkan.

Pengusaha Produk Kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah Pengusaha Produk Kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah Reviewed by Adslah Admin on 6:58:00 AM Rating: 5

Post AD