Header AD

Mangsa Banjir Yang Ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan


Antara mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan.

KUALA LUMPUR: Terdapat lebih 13,000 mangsa banjir yang ditempatkan di lebih 150 pusat pemindahan di Kelantan, Terengganu dan Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan negara, pagi ini.

Semakan portal itu pada jam 8 pagi tadi menunjukkan sejumlah 13,589 mangsa banjir ditempatkan di 178 pusat pemindahan di negeri-negeri itu. 

Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi dengan 7,921 mangsa banjir yang dipindahkan ke 126 pusat pemindahan. 

Di Kelantan pula, sejumlah 3,2983 mangsa banjir dipindahkan ke 37 pusat pemindahan manakala 2,375 mangsa dipindahkan ke 15 pusat pemindahan di Pahang.

Sementara itu, seorang surirumah yang mengikut suaminya memukat menjadi mangsa pertama banjir di Terengganu apabila dia terjerlus ke dalam Sungai Lanjut, di Hulu Seladang, dekat Bandar Permaisuri, di sini, semalam.

Mangsa Banjir Yang Ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mangsa Banjir Yang Ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Reviewed by Adslah Admin on 9:07:00 AM Rating: 5

Post AD