Header AD

Kereta Ditimbus Tanah 'Kena Beli Kereta Barula Nampaknya'



KEMAMAN: “Nampaknya, saya kena simpan duit untuk beli kereta baru kerana Perodua Viva saya mungkin tidak boleh digunakan lagi,” kata Rafliza Hussin, 25, pemilik sebuah daripada lima kenderaan yang ditimbus tanah runtuh di Kilometer 139 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran persimpangan masuk Kampung Air Putih, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, lima kereta dan sebuah lori ditimbus tanah yang runtuh dari tebing setinggi kira-kira 20 meter akibat hujan lebat melanda kawasan itu sejak dua hari lalu.

Rafliza yang bertugas sebagai juruteknik sebuah syarikat penapisan minyak di Melaka berkata, dia sedang bercuti dan tiba di kampung jam 6 petang kelmarin.
Menurutnya, dia menyedari kejadian itu apabila dimaklumkan jiran kira-kira jam 5 pagi semalam.

“Saya tidak dapat meletakkan kereta di kawasan rumah keluarga saya kerana jalan masuk ke kampung kami dinaiki air sehingga paras pinggang.

“Berikutan itu, saya dan beberapa penduduk meletakkan kenderaan di tepi tebing berkenaan, kira-kira dua kilometer dari kampung kerana lokasi itu sering menjadi tempat kami meletak kenderaan ketika banjir.


TOLAK TANAH...kerja membersih tanah yang runtuh giat dilakukan di Kampung Air Putih.
Kereta Ditimbus Tanah 'Kena Beli Kereta Barula Nampaknya' Kereta Ditimbus Tanah 'Kena Beli Kereta Barula Nampaknya' Reviewed by Adslah Admin on 10:05:00 AM Rating: 5

Post AD