Header AD

Kerana Percayakan Kiamat Hampir Dekat, Orang Ini Menjual 'Bunker Mewah'



Jika anda sengal percaya dengan hari kiamat yang akan terjadi tiga hari lagi seperti menurut kajian Suku Maya, anda mungkin memerlukan sebuah bunker khusus untuk tahan bom dilengkapi sofa empuk dan nyaman dilengkapi dengan TV plasma.

Surat kabar the Daily Mail melaporkan, Selasa (18/12), Ron Hubbard, lelaki asal Negara Bagian California, Amerika Syarikat, telah membangunkan bunker mewah untuk menghadapi kiamat. Sebelumnya Hubbard hanya mampu menjual satu bunker per bulan. Kini dia boleh menjual satu bunker per hari. Harga bunker ini dalam RM230 Ribu.

Dia mengaku saat ini sedang membangunkan dua bunker, satu di Kota New York dan satu lagi di Indiana untuk jangkaan kiamat Jumat mendatang. "Saya akan berlindung selama tiga hari di bunker buatan saya 21 Disember nanti. Saya fikir kiamat belum tentu terjadi, tapi siapa tahu."

Hubbard membangun bunker berukuran diameter 3 meter dengan panjang 15,2 meter ini di Montebello, California. Bunker buatan dia didesign anti bom, nuklear, dan senjata kimia. Bahagian dalam bunker ini dilengkapi tempat tidur, dapur, toilet, bahkan tempat pembakar. Bunker itu mempunyai pintu kecemasan yang hanya boleh dibuka dari dalam. "Saya sudah menjual beberapa bunker ke orang yang percaya kiamat benar-benar akan terjadi," ujarnya.

*Nasihat dari Newslah, Kita memang tidak akan percaya perkara karut ini kerana tuhan sahaja yang tahu tarikh kiamat sebenar. Pada pendapat Newslah, mereka saja mereka-reka cerita supaya dapat mengaut untung seperti yang dilakukan oleh lelaki di atas ini.
Kerana Percayakan Kiamat Hampir Dekat, Orang Ini Menjual 'Bunker Mewah' Kerana Percayakan Kiamat Hampir Dekat, Orang Ini Menjual 'Bunker Mewah' Reviewed by Adslah Admin on 6:47:00 PM Rating: 5

Post AD