Header AD

Kenali 6 Cara Mencegah Diabetes!



Diabetes menjadi penyakit yang sangat umum dan kronik yang mempengaruhi orang di seluruh dunia. Pengidap diabetes biasanya mengalami kenaikan gula darah yang pada akhirnya mengakibatkan komplikasi kesihatan. Berikut adalah beberapa tips agar anda terhindar dari diabetes, seperti dilansir Boldsky.

1. Bersenam secara teratur

Faktor utama dari diabetes adalah naiknya kadar gula darah. Hal ini umumnya disebabkan metabolisme tubuh yang rendah, sehingga terjadi peningkatan kadar glukosa dalam tubuh badan. Oleh kerana itu, rajinlah Bersenam untuk meningkatkan metabolisme tubuh badan.

2. Hindari lemak trans

Banyak penelitian menyebutkan bahawa makanan yang mengandung lemak trans, seperti burger dan kerepek kentang, menyumbang kepada diabetes. Selain itu, kadar lemak trans yang tinggi dalam tubuh dapat menimbulkan masalah jantung.

3. Hindari karbohidrat olahan

Karbohidrat olahan sering dijumpai dalam makanan jenis manis, seperti gula-gula dan bijirin kering, yang mendorong kenaikan berat badan. Nah, kenaikan berat badan itulah yang pada akhirnya menyebabkan diabetes. 

4. Makanan kaya dengan serat

Sayuran berdaun hijau sangat kaya dengan serat. Makanan berserat tinggi membantu tubuh badan melepaskan glukosa secara perlahan yang pada gilirannya akan mencegah peningkatan kadar glukosa darah.

5. Jangan terlalu sering minum teh atau kopi

Orang yang minum lebih dari 4 cawan kopi atau teh setiap hari memiliki risiko menderita diabetes. Oleh kerana itu, jagalah pengambilan harian anda dari teh atau kopi.

6. Makan secara bertahap

Makan dalam jumlah kecil secara bertahap dapat mencegah anda terkena diabetes. Dengan demikian, tubuh dapat mengatur kadar gula darah. Untuk itu, anda disarankan supaya makan dalam bahagian kecil 5-6 kali dalam sehari.

Diabetes adalah penyakit menakutkan yang sukar disembuhkan. Maka lebih baik mencegah daripada mengubati, kawan!
Kenali 6 Cara Mencegah Diabetes! Kenali 6 Cara Mencegah Diabetes! Reviewed by Adslah Admin on 6:41:00 AM Rating: 5

Post AD