Header AD

Jumlah Penghidap Aids Di Indonesia Semakin Meningkat


Seorang juruteknik makmal melakukan ujian plasma darah seorang pesakit 
HIV di Hospital Kerajaan Cipto Mangunkusumo, di Jakarta semalam.

Jumlah penghidap Aids di Indonesia semakin meningkat 

Surabaya: Suri rumah dan kanak-kanak kini menjadi kumpulan berisiko tinggi dijangkiti HIV di Indonesia berbanding pekerja seks di negara itu. 

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan AIDS Surabaya (KPA) Emi Yuliana, berkata bahawa sejak dua tahun lalu ada kecenderungan meningkatnya bilangan suri rumah yang dijangkiti dengan HIV/AIDS. 

“Berbanding PSK (pekerja seks komersial), aliran ini bertambah dengan cepat. Ini adalah disebabkan adanya campur tangan sehingga menjadikan pemindahan HIV di kalangan PSK ini semakin terkawal,” kata Emi di Surabaya. 

Dr. Kartika dari Agensi Kesihatan Surabaya berkata, pusat kesihatan masyarakat tidak mempunyai program yang menekankan pengesanan HIV/AIDS di kalangan suri rumah kerana kebanyakan program di pusat kesihatan di Surabaya lebih memfokuskan kepada ibu hamil. 

Kartika mencadangkan penggunaan alat baru untuk mengesan HIV/AIDS di kalangan suri rumah seperti kad skor yang akan diedarkan kepada ibu hamil yang datang mendapat rawatan. Kad terbabit akan dapat mengesan sama ada wanita terbabit berisiko tinggi. 

Beri kaunseling 

“Misalnya kad terbabit antara lain menyoal mengenai tingkah laku seksual mereka dan pekerjaan suami. Jika misalnya suami bekerja sebagai pemandu di luar wilayah dan jarang berada di rumah ia mungkin disifatkan sebagai berisiko. Dari situ kita akan menilai dan memberikan kaunseling supaya mereka akan mengambil ujian HIV/AIDS,” katanya. 

Sementara itu di Bogor, Jawa Barat, sebanyak 60 peratus kes HIV/AIDS adalah membabitkan suri rumah. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 12 peratus dan menunjukkan kadar pertumbuhan yang cepat di kalangan kumpulan berisiko tinggi yang melebihi daripada kadar di kalangan pekerja seks komersial. 

Data 2012 menunjukkan bahawa 1,542 penduduk di Bogor menghidap HIV manakala 949 adalah didapati positif AIDS. Bandaraya itu juga merekodkan 65 kematian akibat penyakit itu tahun ini. - Agensi

Sumber - Berita Harian
Jumlah Penghidap Aids Di Indonesia Semakin Meningkat Jumlah Penghidap Aids Di Indonesia Semakin Meningkat Reviewed by Adslah Admin on 7:41:00 AM Rating: 5

Post AD