Header AD

Israel Akan Serang Lagi Kerana Takut



Israel Akan Serang Lagi, Takut Dengan Nuklear Iran?

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kelmarin mengatakan Iran semakin dekat dalam pembuatan senjata Nuklear. Kerana Nuklear, Israel akan serang lagi Negera Mullah itu pada 2013.

Surat khabar the Jewish Journal melaporkan, Selasa (11/12), pemerintah Israel menginginkan agar Amerika Syarikat memimpin tentera penyerangan ke lokasi Nuklear Iran itu. Namun, Israel boleh menyerang sendiri jika terpaksa. Program Nuklear Iran boleh menjadi ancaman bagi negara Yahudi itu.

Netanyahu mengatakan Israel telah memberikan peringatan keras kepada Iran September lalu. Ketika itu, dia mengatakan di depan sidang Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB), Iran tidak boleh melanjutkan program pengayaan uranium.

Netanyahu menyebut jika Iran terus melakukan pengayaan uranium maka akan menjadi kesempatan bagi Israel untuk menyerang. "Iran sudah dua bulan setengah lebih dekat dengan batas itu dan ini akan menjadi masalah besar bagi kita, kita harus hadapinya tahun depan," kata beliau.

Iran membantah tuduhan yang dilempar oleh Israel, Amerika, dan banyak negara Barat, menyebut pihaknya telah mengembangkan senjata Nuklear. Iran menyebut program nuklear itu dimaksudkan untuk tujuan damai dan bagi keperluan rakyat.

Namun, para ahli dari Israel mengatakan Iran akan mengembangkan uranium untuk setidaknya membuat satu bom pada setengah musim atau musim panas tahun depan. Untuk mencegah hal ini, kekuatan dari negara-negara Barat telah menjatuhkan sangsi ekonomi kepada negara Islam itu.

Dia mengatakan sangsi terhadap Iran membuat warga Negeri Mullah itu menghadapi masalah ekonomi. Namun, dia menjelaskan, pihaknya belum melihat kesangsian itu dapat mencegah Iran melanjutkan program senjata Nuklearnya.

"Israel lebih mampu dalam menghadapi masalah berkaitan Nuklear Iran ketika ini, saya mulai menjabat tangan empat tahun lalu," kata Netanyahu. Dia berharap masih kembali terpilih di pemilihan umum Israel pada 22 Januari mendatang.

Israel mempunyai salah satu angkatan udara terbesar di dunia dan dipercaya menjadi satu-satunya negara di Timur Tengah mempunyai senjata nuklir.

*Tidak kira bagaimana Israel cuba sekalipun, Islam tetap menang kerana ia berperang dengan Agama Allah iaitu Islam. Berperang dengan islam umpama berperang dengan Allah. Tiada penyakit cari penyakit.
Israel Akan Serang Lagi Kerana Takut Israel Akan Serang Lagi Kerana Takut Reviewed by Adslah Admin on 5:02:00 AM Rating: 5

Post AD