Header AD

Hidup 'AES' Semakin Merana Di Malaysia


Pengurus Depot Tapah ATES Sdn Bhd, Rashid Karim (tiga dari kanan) 
memberi penerangan mengenai fungsi kamera AES sambil diperhatikan Ramli
 (kanan) pada majlis taklimat pelaksanaan AES di Ipoh, semalam. - Foto Ikhwan Munir

2 kena sembur cat, dua lagi ditumbangkan 

Ipoh: Empat kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Perak menjadi sasaran perbuatan vandalisme apabila peralatan itu ditumbangkan dan disembur cat sejak Oktober lalu. 

Dua daripada kamera itu terletak di Kilometer (Km) 205.6 dan Km376 Lebuh Raya Utara-Selatan, masing-masing di Taiping dan Slim River. 

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Ramli Awang Seberang, berkata dua kamera lagi terletak di Jalan Pasir Putih di sini dan Km85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, Sungkai. 

Kamera AES di Ipoh dan Slim River ditumbangkan, manakala di Taiping dan Sungkai, masing-masing disembur cat merah dan hitam. 

Katanya, vandalisme ke atas tiga kamera berlaku pada Oktober, manakala kamera AES di Taiping, awal bulan lalu. 

Buat laporan polis 

“Laporan polis sudah dibuat tetapi setakat ini saya difahamkan belum ada tangkapan ke atas mana-mana suspek dibuat,” katanya selepas memberikan taklimat mengenai AES kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di pejabat JPJ negeri di sini, semalam. 

Ramli berkata, perbuatan itu dikesan Pusat AES di Kuala Lumpur dan dimaklumkan kepada syarikat pengendali kamera berkenaan, ATES Sdn Bhd yang berpusat di Depot AES Tapah. 

Semua peralatan itu sudah diperbaiki semula. 

Beliau berkata, tujuh kamera AES termasuk dua jenis mudah alih dipasang di Perak. 
“Peranc 
angan kita untuk memasang kamera AES di 90 lokasi di Perak secara berperingkat,” katanya. 

Sementara itu, Ramli berkata kesalahan memandu melebihi had laju tertinggi dirakam sebuah kamera AES di Perak membabitkan sebuah kereta Porsche. 

“Kereta itu dipandu pada kelajuan 220 kilometer sejam dan kamera AES berjaya merakamkan kesalahan itu pada jam 2.30 pagi,” katanya yang tidak memberikan tarikh kesalahan itu.

Sumber - Berita Harian
Hidup 'AES' Semakin Merana Di Malaysia Hidup 'AES' Semakin Merana Di Malaysia Reviewed by Adslah Admin on 12:07:00 PM Rating: 5

Post AD