Header AD

Fuji Xerox Sasar Untung Meningkat 50 Peratus



Fuji Xerox Co Ltd menyasarkan peningkatan keuntungan sebanyak 50 peratus tahun depan didorong oleh pengenalan produk penyelesaian dan teknologi barunya yang bersesuaian dengan kehendak pasaran global. 

Presidennya, Tadahito Yamamoto, berkata syarikat berpangkalan di Jepun itu tidak lagi mahu dikenali sebagai penyedia teknologi pengurusan dokumen semata-mata, tetapi juga sebagai penyedia produk penyelesaian terunggul di dunia. 
Beliau berkata, syarikat itu meraih keuntungan sebanyak ¥995.9 bilion (RM36.76 bilion) tahun lalu dan amat yakin mampu mencapai pertumbuhan seperti disasarkan dengan memperkenalkan produk penyelesaian baru seperti Working Folder dan perkhidmatan menyimpan data menggunakan aplikasi awan dengan kadar yuran tetap setiap bulan. 

Usaha lebih cekap

“Banyak syarikat berusaha untuk menjadi lebih cekap. Perkhidmatan Working Folder dan aplikasi Mobile Integrated memudahkan proses pertukaran analog kepada dokumentasi secara digital. 

“Ia memudahkan proses melihat, mengedit dan memadam dokumen dalam satu masa dan boleh dilakukan secara bergerak walaupun tidak berada di pejabat dengan menggunakan laptop, komputer, iPad dan peranti pelbagai guna Fuji Xerox (MFDs),” katanya pada pertemuan bersama wakil media Asia Pasifik di ibu pejabat jualan syarikat itu di Roppongi, Tokyo baru-baru ini. 

Yamamoto berkata, sebagai penyedia produk penyelesaian terunggul di dunia, Fuji Xerox memahami masalah dihadapi pelanggan akibat jurang bahasa. 
Masalah timbul apabila kerja menterjemah dokumen perlu dilakukan segera selain sukar berkomunikasi kerana tidak memahami antara satu sama lain. Perkhidmatan Scan Translation Service yang diperkenalkan diyakini mampu mengatasi masalah ini dengan segera. 

Jimatkan masa

Beliau berkata, perkhidmatan penterjemahan yang disediakan Fuji Xerox boleh didapati dalam bahasa Jepun kepada bahasa Inggeris, Cina dan Korea. 

“Perkhidmatan ini menjimatkan masa penterjemahan kira-kira sebulan kepada dua jam dengan menggunakan MFDs yang berintegrasi menggunakan mesin pencetak ApeosPort atau komputer peribadi turut menjimatkan kos operasi,” katanya.
Fuji Xerox Sasar Untung Meningkat 50 Peratus Fuji Xerox Sasar Untung Meningkat 50 Peratus Reviewed by Adslah Admin on 7:21:00 AM Rating: 5

Post AD