Header AD

Cara Terbaik Untuk Mengubati Diabetes

Peta Perbualan Diabetes



“Komunikasi dan ilmu mengenai diabetes antara pendekatan boleh dilakukan pengamal perubatan dengan pesakit. Ramai pesakit tidak faham apa itu diabetes. Ada pesakit sanggup berlapar, sedangkan penghasilan gula dalam darah masih tetap boleh berlaku kerana tubuh turut menghasilkan gula, membolehkan ia diangkut ke seluruh tubuh,” kata Pakar Runding Endokrinologi, Pusat Penjagaan Diabetes Sau Seng Lum (SSL), Dr Arlene Ngan. 

Justeru, program Peta Perbualan Diabetes diwujudkan bertujuan menangani kemelut diabetes semakin meningkat. 
Malah perbualan dua hala antara pesakit dengan pakar profesional dalam bidang itu membantu meningkatkan kefahaman mengenai penyakit berkenaan. 

Program itu disusun khas dan ditaja oleh Lilly Diabetes dengan usaha sama antarabangsa ‘Healthy Interactions dan Persekutuan Diabetes Antarabangsa Eropah. 

Ia memakan masa selama tiga tahun untuk direalisasikan. 

Peta perbualan itu akan turut dilancarkan di lebih 40 negara menerusi lebih daripada 25 bahasa. Menerusi program ini, pengidap dan menjalani rawatan diabetes akan memanfaatkan sumber inovatif ini untuk membantu mereka mengatasi cabaran kehidupan seharian menghidap diabetes. 

Ia boleh digunakan dalam kumpulan kecil antara tiga hingga 10 pesakit, sebagai visual atas meja menarik menggunakan soalan perangsang minda untuk menggalakkan perbualan antara penghidap diabetes dan profesional penjagaan kesihatan bagi mewujudkan suasana yang terlindung dan mesra untuk mendapatkan maklumat pengurusan penyakit. 
“Berbeza dengan cara tradisional iaitu pesakit hanya mendengar tanpa berpeluang untuk bertanya atau berbincang antara mereka. Penggunaan aspek visual tertentu, seperti kunci, (membawa maksud insulin), membantu pesakit memahami diabetes dan mengurusnya dengan baik, tanpa rasa tertekan. 

“Peta Perbualan Diabetes menggalakkan proses perbualan dua hala mengenai penyakit dan memberi peluang kepada pesakit untuk berinteraksi dengan orang lain yang mengalami penyakit sama. Manfaat besar dapat diperoleh daripada perbualan dengan orang yang senasib, kerana mereka sedar tidak keseorangan mengharungi pengalaman dan emosi itu,” katanya. 

Berpandukan peta itu, pesakit mempelajari maklumat relevan, belajar cara mengawal tingkah laku dengan lebih baik dan mendapatkan sokongan berterusan. 

Menerusi dialog dan perbualan peribadi, pesakit akan menyedari fakta penting tentang diabetes, kepercayaan atau sikap utama yang mencorakkan persepsi diabetes dan cara mereka boleh menambah baik kehidupan.
Cara Terbaik Untuk Mengubati Diabetes Cara Terbaik Untuk Mengubati Diabetes Reviewed by Adslah Admin on 6:56:00 AM Rating: 5

Post AD