Header AD

Banjir Teruk, Bopha Ragut 274 Nyawa


Penduduk Lembah Compostela di New Bataan, selatan Filipina mengenal 
pasti ahli keluarga yang menjadi mangsa Taufan Bopha, semalam. - Foto AP

Angka kematian akibat Taufan Bopha di Filipina meningkat kepada 274 kini dengan beratus penduduk turut hilang. Pasukan penyelamat berusaha untuk ke kawasan yang terputus hubungan berikutan banjir dan banjir lumpur, kata pihak berkuasa. 

Bopha melanda pulau selatan Mindanao sejak Selasa, menumbangkan pokok dan menerbangkan banyak rumah berikutan angin selaju 210 kilometer melanda sehingga tengah malam. 
Sejumlah 253 penduduk mati manakala 241 lagi hilang di kawasan bandar pergunungan Mindanao, New Bataan, kata Leftenan Kolonel Lyndon Paniza kepada AFP. 

Seramai 81 yang lain terbunuh di wilayah berhampiran Davao Oriental dan 15 di kawasan lain, kata pegawai pertahanan awam, Paniza. 

Setiausaha Kebajikan Sosial, Corazon Soliman menyifatkan kemusnahan rumah dan struktur lain di bandar dan perkampungan sama sebelum ini pernah dilanda taufan kuat tahun ini. 

“Hanya beberapa struktur yang tinggal di Cateel,” katanya merujuk bandar tepi pantai yang teruk dilanda taufan. AFP
Banjir Teruk, Bopha Ragut 274 Nyawa Banjir Teruk, Bopha Ragut 274 Nyawa Reviewed by Adslah Admin on 7:07:00 AM Rating: 5

Post AD