Header AD

6 Rahsia Cantik Dan Sihat Dari Seluruh Dunia



Setiap negara mempunyai budaya tertentu untuk menjaga kesihatan sekaligus kecantikan masyarakatnya. ingin tahu bagaimana? Lihat rahsia cantik dan sihat dari seluruh dunia seperti yang dinyatakan dari Care2 berikut ini.

Jepun
Orang Jepun suka makan banyak ikan, buah-buahan segar, dan kebiasaan minum teh hijau. Menikmati makanan dengan chopsticks juga akhirnya membuat mereka makan secara perlahan dan bahagiannya terbatas.

India
Orang India suka menggunakan bumbu dan rempah-ratus yang kaya dengan pemakanan. Misalnya jintan, kunyit, merica, dan ketumbar. Ada pula daun peppermint, kemangi, dan cilantro yang merupakan herba kaya antioksidan, vitamin dan mineral yang rajin diambil oleh warga India.

China
Masakan China terkenal dengan teknik memasak tumis dan kukus serta jauh dari rasa manis. Makanan penutup pun cenderung dihidangkan dengan sajian buah mengikut musim. Makanan bebas gula inilah yang menjadi rahsia cantik serta sihat dari China.

Jerman
Warga Jerman memang terkenal suka makan daging dan kentang, namun mereka juga sangat menikmati gandum yang kaya serat dan berkhasiat melancarkan pencernaan.

Perancis
Wanita Perancis sangat memperhatikan kebiasaan cantik mereka. Sehingga masker epal adalah rawatan minimum yang paling sering mereka lakukan. Fungsinya adalah melembapkan kulit dan membuat wajah semakin bersinar.

Turki
Orang Turki suka makan kacang. Semuanya mengandung serat tinggi dan asam lemak omega-3. Apa khasiatnya? Menurunkan kolesterol yang tidak elok dalam tubuh badan dan menjaga kesihatan kardiovaskular.

Itulah rahsia cantik dan sihat dari seluruh dunia. Cubalah untuk mengaplikasikannya agar Anda juga dapat merasakan manfaatnya.
6 Rahsia Cantik Dan Sihat Dari Seluruh Dunia 6 Rahsia Cantik Dan Sihat Dari Seluruh Dunia Reviewed by Adslah Admin on 12:04:00 AM Rating: 5

Post AD