Header AD

5 Barang Paling Pelik Yang Pernah Dilelong Secara Online


 Barang Paling Pelik Yang Pernah Dilelong Secara Online

Apabila orang Amerika Syarikat terkenal dengan website lelongnya secara online iaitu eBay, maka orang jepun lebih terkenal dengan Auctions Yahoo!Japan.

Negara Jepun merupakan pusat industri elektronik yang sangat inovatif, tetapi kadang-kadang orang jepun juga mempunyai tabiat dan pemikiran yang lucu sekaligus pelik.

Dari kebanyakan barang-barang yang dipamerkan secara online di Auctions Yahoo!Japan, ada beberapa barang dan 'barang' yang juga turut dilelong. 

Barang yang dilelong itu ialah :

1. Manusia


Pada bulan november lalu, ada seorang lelaki menjual dirinya sendiri di Auctions Yahoo!Japan tersebut. Dia mempersilakan sesiapa saja memiliki tubuh dan jiwanya dengan harga JPY 8000 (Rm300) yang akhirnya turun menjadi JPY 600 (RM25) kerana tidak laku pada hari pertama. Dan sehingga ke akhirnya ia tetap tidak laku. Siapa yang nak beli?

2. Tengkorak Manusia


Pada tanggal 26 september telah dibuka lelong di Auctions Yahoo!Japan dengan barang lelong berupa tengkorak manusia. kerana di Auctions Yahoo!Japan Tidak ada peraturan yang ditetapkan. Sesiapa sahaja yang mahu melelong sesuatu, maka benda-benda aneh seperti tengkorak juga boleh dijual.

Menurut pemiliknya, tengkorak tersebut adalah kepunyaan seorang doktor gigi yang digunakan sebagai objek praktikal. Sayangnya tidak ada penjelasan tentang siapa nama manusia yang akhirnya tengkoraknya yang dilelong itu.

3. Walkman Termahal Dunia


Pasti apabila anda melihat harga yang ditawarkan untuk sebuah walkman ini, anda akan terkejut. Si pemilik walkman ini menawarkan walkman ini dengan harga yang sangat fantastik iaitu sebanyak JPY 368,000 (RM13,000). Harga tersebut sangat jauh di berbeza dengan harga aslinya.

Alasan kenapa walkman ini dijual dengan harga yang begitu tinggi adalah kerana walkman ini memiliki design theme Hatsune Miku yang hanya dikeluarkan sebanyak 3,939 unit dan memliki serial number 3939. Mestilah harga dan alasan tersebut menjadi bahan gelak orang ramai.

4. Rumah Berusia 150 Tahun


Sebuah Rumah berusia 150 tahun dengan yang masih asli di Kujishi, Iwate, delelonh dengan harga yang cukup murah. Bahkan harga lelong rumah tersebut masih lebih murah dibanding harga sekotak rokok. Apabila di jepun sekarang harga sebungkus rokok adalah antara JPY 300-450 (Rm12 - RM17), rumah ini dijual dengan hanya JPY 1 (RM0.03).

Setelah beberapa hari dilelong, ternyata harga rumah tersebut meningkat menjadi JPY 11 (RM0.40). Jangan salah sangka dulu, rumah saje yang dijual tetapi tanah tidak. Kini pengumuman lelong itu sudah tidak ada lagi berkemungkinan sudah terjual.

5. Bumi


Ini adalah 'barang' terpelil yang pernah dilelong di Autions Yahoo!Japan. Bayangkan saja, seseorang yang mengatakan bahawa bumi ini adalah miliknya yang diperoleh dari tuhan melalui mimpinya. Kerana tidak ingin menguruskan planet ini, maka si pemilik bumi ini melelongnya di Auction Yahoo!Japan.

Dia membuka harga pertama sebesar JPY 69 (RM2.60) dan setelah menunggu beberapa hari, penawar tertinggi telah mencapai JPY 216,000 (RM8000). Dalam peraturannya, setelah mendapatkan harga tertinggi, si pemenang tidak dapat menarik kembali wangnya atau tidak dapat mengembalikan barang yang telah dia menangi. Macam-macam je diorang ni.
5 Barang Paling Pelik Yang Pernah Dilelong Secara Online 5 Barang Paling Pelik Yang Pernah Dilelong Secara Online Reviewed by Adslah Admin on 8:30:00 AM Rating: 5

Post AD