Header AD

Zionis Sahkan Serangan Balas Ke Atas Syria


DUA buah kereta kebal tentera Israel mengawal 
Bukit Golan dekat Kampung Bariqa, Syria semalam.

Sumber - Berita Kosmo

BAITULMUQADDIS - Tentera Israel semalam melancarkan serangan balas ke atas Syria sebagai respons terhadap serangan mortar di Bukit Golan, kata satu sumber tentera.

"Sebelum ini, serangan mortar mengenai sebuah kawasan di pekarangan pos tentera Israel di Bukit Golan yang disebabkan oleh konflik dalaman Syria," kata sumber tentera tersebut.

Menurutnya, askar-askar tentera Israel melancarkan bedilan meriam kereta kebal.

Sumber tersebut menyatakan bedilan tersebut dihalakan ke arah lokasi bedilan mortar tersebut dilancarkan.

Tentera Israel turut memberi amaran bahawa jika tentera Syria terus melancarkan serangan, pihaknya akan melancarkan serangan yang lebih besar.

"Bedilan dari Syria ke Israel tidak akan dikompromi," kata satu kenyataan daripada tentera Israel. - AFP
Zionis Sahkan Serangan Balas Ke Atas Syria Zionis Sahkan Serangan Balas Ke Atas Syria Reviewed by Adslah Admin on 2:33:00 PM Rating: 5

Post AD